PURA
Yesterday is history, tomorrow is mystery & today is a gift...THAT why it is called “Present"
Saturday, May 28, 2011
SELAMAT HARI GAWAI
Posted by Jos10 at 8:37 AM 0 comments
Tuesday, February 22, 2011
Pabila Orang Ulu Turun Ke Kota
Menurut mereka, orang ramai termasuk pelancung kelihatannya melihat mereka dengan penuh minat dan tanda tanya, namun pihak media tempatan tetap tidak mengendahkan kehadiran mereka.
Keberanian serta kesungguhan kumpulan ini, walaupun kecil tidak seharusnya dipandang rendah.

Posted by Jos10 at 10:06 AM 0 comments
Wednesday, February 09, 2011
Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu
SNAP ditubuhkan pada 10th April 1961 dan merupakan party ketiga yang ditubuhkan di Sarawal selepas penubuhan party SUPP dan Party Negara Sarawak (PANAS). Penubuhan SNAP bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat Dayak untuk menyediakan Sarawak mencapai kemerdekaan malah ianya juga menjadi landasan untuk masyarakatdayak bergiat dalam politik sepenuhnya. Ini kerana, walaupun terdapat masyarakat dayak yang menyertai SUPP dan PANAS namun kehadiran mereka hanya sebagai ahli biasa dan tidak dapat memainkan apa apa peranan yang besar.
Oleh itu, masyarakat dayak terutamanya kaum Iban berpendapat adalah penting untuk masyarakat ini mempunyai party mereka sendiri jika tidak mahu ketinggalan apabila Sarawak memperolehi kemerdekaan. Maka SNAP pun ditubuhkan di Betong. Penubuhannya disambut baik oleh semua masyarakat dayak yang juga merupakan masyarakat terbanyak di Sarawak. Antara pengasa SNAP adalah Stephen Kalong Ningkan yang kemudiannya menjadi (Secretary General), J.S Tinker (Chairman), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin dan Lionel Bediman anak Ketit.
Pada dasarnya SNAP hanya menerima masyarakat dayak sebagai ahli, namun dalam tahun 1963 SNAP telah memutuskan untuk membuka pintunya kepada masyarakat bukan dayak dan pada tahun yang sama Datuk James Wong menyertai SNAP dan merupakan ahli Cina SNAP yang pertama yang kemudiannya diikuti oleh Wong Hood Teck, Wee Boon Ping dan Ho Ah Chon, manakala Abang Othman Bin Datuk Abang Haji Moasili merupakan ahli Melayu SNAP yang pertama. Selepas itu SNAP menjadi party pelbagai bangsa walaupun majority ahlinya terdiri daripada masyarakat.
Pada Ogos 1962, sebuah lagi parti yang berasaskan masyarakat dayak telah ditubuhkan diSibu dengan tujuan menjaga kepentingan masyarkat Iban di kawasan Batang Rajang. Pihak yang bertanggungjawab mengasaskan parti ini menolak untuk menyertai SNAP dan berpendapat SNAP hanya menjaga kepentingan kaum Iban dari Saribas. Oleh itu, Penghulu Masam anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi anak Resa dan Penghulu Umpau telah menubuhkan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang kemudiannya disertai oleh Temenggong Jugah dan Temenggong Oyong Lawa Jau yang merupakan ahli PANAS serta Jonathan Bangau yang merupakan ahli SUPP. Beberapa penghulu daripada bahagian lain juga kemudiannya turut menyertai PESAKA, antaranya, Penghulu Tawi Seli dari bahagian kedua dan Penghulu Abok anak Jalin dari Bintulu yang menyebabkan PESAKA diberi julukan sebagai Parti Penghulu. PESAKA juga dikenali sebagai PAPAS.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya menyebabkan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP dan sebagai Ketua Menteri. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Seli dari PESAKA. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Pada Mac 1968 BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera dan Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya dan ahli-ahlinya kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu.
Pada awal tahun 80-an, kedudukan SNAP mulai goyah. Ekoran daripada krisis yang tidak berkesudahan, Datuk Amar Dr Leo Moggie telah keluar SNAP dan menubuhkan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang juga dikenali sebagai Sarawak Dayak People’s Party pada tahun 1983. Pada pilihanraya negeri Sarawak 1987, PBDS yang bertindak sebagai pembangkang dan diterajui oleh Datuk Amar Dr Leo Moggie hampir hampir berjaya menubuhkan Kerajaan, namun cubaan mereka menemui kegagalan dengan tragedi yang dikenali sebagai “Ming Court Affair”
Selepas perletakan jawatan secara mengejut oleh Datuk Amar Dr Leo Moggie pada 24th Jun 2003, PBDS mengalami krisis dalaman yang serius berikutan perebutan jawatan presiden diantara Timbalan Presiden, Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti yang dipertikaikan oleh ketua penerangan PBDS, Datuk Seri James Jemut Masing yang membawa kepada pembatalan PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5th Dec 2003. Namun, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004.
Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.
Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pendaftarannya dikemukakan pada 6 Mei 2005, namun tidak mendapat kelulusan sehingga ke hari ini.
PRS yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 juga mengalami krisis dalam tahun 2006/2007 dan hampir hampir dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.
Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom, dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai antara parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.
Ekoran krisis kali kedua dalam SNAP Dato’ Sri Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) pada 9 November yang kemudiannya juga menyertai BN. Tapi akhir akhir ini, terlihat sedikit demi sedikit krisis yang mulai melanda SPDP
Dalam waktu yang begitu singkat, kita dapat melihat kewujudan begitu banyak parti yang berasaskan masyarakat dayak and mendakwa akan berjuang untuk kepentingan masyarakat tersebut. Namun sejarah membuktikan, kewujudan parti parti ini, bukan sahaja gagal memperjuangkan kepentingan masyarakat dayak malah mengakibatkan perpecahan yang semakin parah dalam masyarakat dayak itu sendiri.
Apa tidaknya, krisis yang melanda parti parti ini serta penubuhan parti parti baru, menyebabkan masyarakat dayak mengikut haluan pemimpin mereka masing masing dan lebih teruk lagi, ramai yang menjadi keliru serta tidak tahu siapa yang harus disokong yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil sikap tidak peduli. Maka tidak hairanlah, jika statistic menunjukkan belia dayak adalah antara belia yang teramai tidak berdaftar dengan SPR sebagai pengundi. Mereka ini mungkin menunggu kewujudan parti berasaskan masyarakat dayak yang benar benar boleh dipercayai untuk memperjuangkan nasib masyarakat dayak? Sama sepertimana UMNO, MCA dan MIC atau mereka mereka ini akan mencari alternatif lain jika apa yang mereka tunggu tidak kesampain.
Keadaan ini pastinya merugikan masyarakat dayak itu sendiri......dan secara jujur, saya akui, saya sendiri tidak tahu hendak memutuskan sama ada menyertai SNAP, PESAKA, PRS ataupun, SPDP, bak lirik kata lagu mendiang Tan Sri P. Ramli, yang mana satu, pilihan kalbu....tepuk dada tanya selera....

Posted by Jos10 at 6:25 PM 0 comments
Saturday, October 30, 2010
The mighty Rajang River not so mighty after all
Source:-Mighty Rajang River
Malaysia's longest river - the Rajang in Sarawak - is a source of food, income and a mean of transport for the people living along the 640km waterway. Fed by several tributaries, the river is regarded as a lifeline for the people living along it, from Sibu to the interior districts of Kanowit, Song, Kapit and Belaga.
Also, rubbish and debris from residents situated near the rivers, planks and unwanted logs from the jungles had taken its toll on the mighty river which is brownish instead of being clear and a clean source of water.
It has always been a joke among frequent flyers who view the river from the air and boat travellers along the river, that if you want a glass of "teh-si", all you need is to scoop it from the Rajang River.
The Upper Rajang River is known as Batang Balui by the Orang Ulu with tributaries which included Katibas River, Balleh River and Bangkit River.
Deputy Chief Minister Dr. George Chan said the state government has yet to ascertain the loss to the ecological system as the Sarawak Natural Resources and Environment Board and Sarawak Rivers Board are still doing their investigation.
He also denied that the logjam was due to over logging and poor management of logged areas, and he assured the public that all the logging industry in the area are abiding by the rules and regulations tied to the forest practice recognized by the International Tropical Timber Organisation.
On Oct 13, the impoundment of water into the controversial Bakun Dam, which is about 30 miles from Belaga, started.
Immediately after the impoundment, the water level in the Rajang and its tributaries dropped by more than 6 metres, causing river transportion in Belaga to come to a standstill during the weekend. The impoundment is expected to last seven months.
The flooding of the dam was met with resistance from environmentalists who felt that the prolonged drought would bring negative ecological consequences. The effect is showing now.
The RM7.3 billion hydro electric dam project has been called one of the most expensive white elephants in the state. It was delayed and infested with political issues. It is now up for sale with the Sarawak government as one of its main contenders.
The dam - one of South-east Asia's largest - was awarded to tycoon Ting Pek King's Ekran Bhd in early 1994 and four years later, the Federal government took control of the project.
Although river transport had resumed in Kapit the last two days, Belaga is still inaccessible by river.
A farmer, Kallang, who hitched a ride with a Sibu businessman moaned about the tragedy that befell them.
Blaming it entirely on the Bakun dam, Kallang said the gods of the jungles are angry. He said he used to travel from Belaga to Kapit by boat in five hours, costing him RM35. Now he has to hitch a ride with a towkay who is his friend to go to Kapit to see his sons who work there.
Kallang said the towkay drove from Belaga to Bintulu which took them six hours due to the heavy rain. From there, they drove to Sibu taking them another three hours and followed by an exhaustive boat ride from Sibu to Kapit for five hours.
He said he was lucky to get a ride from the towkay as his expenses were paid for. Kallang said the Belaga people have suffered tremendously due to the dam.
“We don’t need it. We want our jungles back. All these are unnatural and caused a lot of strange things to happen,” he said believing firmly in the guardian of the jungle.
The Sibu businessman, Ling, said things are looking bad for the people of Belaga. They complained of low water pressure, more expensive items and being stuck in the town as not many people could afford to go through Bintulu to Sibu.
Ling said he did not want to believe that the low water level was not due to the Bakun dam impoundment. “I am not an expert but why did it happen right after the impoundment? It has been raining in Belaga the last two nights,’ he said. The excuse that the river is low on water due to public statements that it may be due to lack of rainfall is questionable.

Posted by Jos10 at 8:33 AM 0 comments
Tuesday, October 26, 2010
Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen
Dari Merdeka Review
Oleh Faisal Mustafa
Seperti tahun-tahun yang lampau, setiap kali Belanjawan dibentang, rakyat akan menanti-nantikan gula-gula yang bakal diumumkan bagi manfaat dan meningkatkan taraf hidup. Amat terkejut apabila dikaji dan diteliti
Belanjawan tersebut tidak menampakkan ianya memfokuskan keperluan dan kehendak rakyat kebanyakan, malah, ianya kembali ke era Mahathir dan projek meganya. Di sudut yang lain pula, golongan kemiskinan tegar berhempas-pulas mencari sesuap makanan.
Melalui temanya dan bibit-bibit ucapan politiknya, sudah tentu Belanjawan 2011 ini akan menjurus ke arah Negara berpendapatan tinggi. Namun sebarang petanda bahawa Belanjawan disediakan selaras dengan tema yang menjadi modal air liur sejak kebelakangan ini. Mereka mendakwa kononnya Belanjawan kali ini Belanjawan untuk rakyat, sedangkan rakyat sendiri menggelar Belanjawan kali ini sebagai “Belanjawan Seluar Dalam”.
Gaji Posmen menjadi kayu ukur
Kononnya Belanjawan kali ini memberi pengiktirafan kepada posmen dan pegawai sekuriti (sebut pak guard). Selepas ditanya posmen yang menghantar surat setiap hari ke rumah, rupa-rupanya gaji pokok seorang posmen selama ini adalah sebanyak RM610.00 dan hanya dinaikkan sehingga RM710 sebulan. Sukar juga apabila cuba memahami logik di sebalik meletakkan gaji pokok minimum pegawai sekuriti yang ditetapkan antara RM500 hingga RM700 sebulan, mengikut pemerhatian dan pengetahuan kita, gaji minima pegawai sekuriti sememangnya di sekitar RM700 sebulan.
Mengikut Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Barangkali posmen dengan pendapatan RM700.00 sebulan itu adalah kayu ukur kepada apa yang dimaksudkan dengan Negara berpendapatan tinggi.
Sama ada pendapatan sebanyak RM700.00 memadai untuk kadar tol yang sedia ada, harga petrol yang dinaikkan secara diam-diam, harga gula, kopi, teh, susu, dan sebagainya, itu cubalah kita serahkan kepada pengguna sendiri untuk dinilai. Kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6% setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. Kita juga yakin Menteri Sumber Manusuia S. Subramaniam mengetahui hal ini, mungkin beliau gagal meyakinkan penasihat fesyen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu ketika membaca Belanjawan.
Pemilikan Rumah
Beralih pula kepada ilusi hebat dalam bajet kali ini, pinjaman kepada orang muda untuk memudahkan mereka memiliki rumah. Apa kerajaan mahu menjadikan semua rakyat sebagai penghutang sepanjang hayat? Apa logik di sebalik kemudahan pinjaman ini sedangkan laporan Bank Negara menerangkan bahawa sebanyak 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun. Sedangkan pinjaman PTPTN dan kos menampung hidup pun sudah membebankan, siapa yang mahu membeli rumah?
Ilusi yang kedua pula, janji tidak menaikkan tol lebuh raya utara selatan bagi tempoh lima tahun yang akan datang, sedangkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada PLUS yang hampir RM5 bilion ringgit bagi tempoh tersebut. Muslihat yang sama digunakan ketika potongan 20% bagi pengguna Touch & Go diumumkan. Jika disemak syarat-syarat untuk potongan tersebut diberi adalah berasaskan frekuensi penggunaan tol dan bukannya berasaskan nilai tol, dan cara tuntutannya pun tidak otomatik dan memerlukan tuntutan dibuat sebelum potongan diberikan.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bajet kali ini merupakan bajet yang paling besar dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan nilai RM213.9 billion. Apa yang ganjil adalah nilai yang diperuntukan bagi pembangunan hanya sebanyak RM23.9 billion manakala kos operasi pula sebanyak RM76.1 billion. Adakah wajar apabila meletakkan kos operasi kerajaan lebih tinggi daripada peruntukan pembangunan?
Hina rakyat
Persoalan yang lebih menarik adalah penghapusan duti impot terhadap kira-kira 300 barangan yang kononnya kegemaran pelancong dan rakyat tempatan dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga membeli belah. Siapa yang membeli-belah? Rakyat kebanyakan menanggung beban hutang yang pelbagai sehinggakan bil-bil isi rumah pun tidak terbayar. Yang selalu membeli-belah di Malaysia adalah isteri-isteri ahli politik yang disegani.
Jika benar bajet kali ini bajet daripada rakyat, kami ingin tahu rakyat mana yang mahukan cukai terhadap beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, dan baju tidur dihapuskan? Tidakkan mereka peka bahawa setiap minggu orang ramai berpusu-pusu dan snggup bersesakan ke pasar-pasar malam mingguan. Adakah mereka mencuci mata? Sudah tentu untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang murah di di pasar malamlah tempat mereka memperolehinya.
Sedangkan seluar dalam yang dipakai rakyat kebanyakan pun tidak lebih RM10.00, ini pula mahu menghapuskan cukai terhadap seluar dalam import yang digemari pelancong dan isteri-isteri menteri? Apa kerajaan sudah gila? Pelancong asing, seluar dalam, dan baju tidur menjadi keutamaan, sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang perit mencari wang untuk yuran pendidikan, untuk menyara keluarga, untuk membeli susu bagi bayi mereka.
Ini menghina rakyat namanya, sanggup kerajaan mempersenda keperitan yang menimpa golongan kelas bawahan dengan memansuhkan cukai terhadap barangan yang tidak bermakna bagi mereka.
Penghinaan yang paling ketara dalam Belanjawan kali ini semestinya projek Warisan Merdeka yang semegah 100 tingkat. Jika ditinjau dalam ruang internet, laman sosial terkemuka Facebook telah mencatatkan lebih 160,000 (setakat ini) penyokong bagi laman Malaysians Reject 100-storey Mega Tower.
Kerajaan telah menafikan bahawa kos pembangunan tersebut adalah daripada perbendaharaan Negara, jika begitu mengapa diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan tahunan?
Pada 13 Februari 2010 penulis sendiri pernah melawat Dubai dan mengambil peluang untuk ke Burj Khalifah (bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828m). Kos pembinaannya ialah USD1.5 billion (RM4.6 billion) sahaja.
Projek tersebut kini menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang berpendapat wang sebanyak RM5 billion lebih berbaloi jika digunakan untuk memperbaiki bidang pendidikan, kesihatan dan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan. Kami berasa senang apabila rakyat sudah mula sedar akan tindak-tanduk kerajaan yang tidak masuk akal. Mungkinkah projek tersebut sebenarnya satu muslihat untuk mengikat kerajaan Persekutuan dengan kontrak sebegitu besar sementara menanti kekalahan dalam pilihanraya umum yang akan datang?
Renung renungkanlah…..

Posted by Jos10 at 8:33 AM 0 comments
Thursday, October 21, 2010
Rmumusan Belanjawan 2011
-Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
-Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
-Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
-Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
-Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
-RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
-RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
-Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
-Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
-RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
-Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
-RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
-RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
-Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
-RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
-Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
-Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
-Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
-Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
-Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
-RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
-Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
-Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
-Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
-Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
-Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
-RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
-Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada tahun 2010.
-Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
-Pengecualian duti eksais 100 peratus ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh Orang Kelainan Upaya (OKU).
-Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000.
-Mengecualikan 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama.
-Mengecualikan 100 peratus duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid.
-Melaksanakan Program Latihan 1Malaysia dengan peruntukan RM500 juta di Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara.
-Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.
-Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.
-Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.
-Menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan.
-Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada imam.
-Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.
-Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dinaikkan dari RM30 ke RM50.
-Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
-Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
-Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember untuk tempoh satu tahun lagi.
-Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
-Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000.
-Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
-Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.
-Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
-RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
-Enrolmen prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
-RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
-RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
-Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
-Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
-Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
-Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
-Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
-Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
-Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
-Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
-Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
-Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
-Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
-Melancarkan Dana Pencen Swasta.
-Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
-Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
-Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
-Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
-Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
-Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
-Menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak.
-Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
- Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Posted by Jos10 at 9:39 AM 0 comments





