YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Wednesday, November 18, 2009

Tak Tahu Atau Buat Tak Tahu

Sama ada tidak mengetahui hak sebagai rakyat ataupun memang sengaja tak mahu tahu hanya mereka yang mampu menjawabnya dengan tepat.

Menurut statistic yang dikeluarkan oleh SPR terlalu ramai penduduk Sarawak yang telah layak untuk mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagaimana yang dipetik oleh Berita Bernama tanggal 17th Nov, daripada sejumlah 1.4 juta penduduk di Sarawak yang layak mengundi hanya 930,888 orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi. Selebihnya iaitu sejumlah kira kira 476,000 masih belum berdaftar.

Menurut beliau, mereka ini mungkin mengambil sikap tidak peduli atau juga mungkin tidak menyedari tentang kepentingan hak mereka sebagai pengundi. Mungkin pada pandangan mereka mendaftar sebagai pengundi tidak akan membawa apa apa perubahan dalam politik Negara.

Oleh yang demikian SPR terpaksa melancarkan pelbagai program untuk mengesan mereka yang layak untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Antaranya program mendekatkan diri kepada orang ramai dengan membuka kaunter di tempat awam.

No comments:

Post a Comment