YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Tuesday, May 18, 2010

Seimbas Pandang

Sinar baru tampak menyinari scenario politik Sarawak dengan kejayaan DAP memenangi pilihan raya kecil di P212, Sibu. Kini, suara masyarakat Cina kedengaran dengan lebih lantang dan jelas.

Sejak sekian lama, masyarakat Cina diSibu tampak berpuas hati dengan kepimpinan BN dan boleh dikatakan mereka setia kepada kepada BN/SUPP. Namun keadaan sebaliknya pula terjadi pada pilihan raya kecil di Sibu kali. Mereka tidak lagi mengendahkan istilah kesetiaan kepada BN/SUPP, malah telah memilih untuk mencari perubahan.

Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kemenangan DAP/PR yang mana majoriti undian mereka diperolehi dari kawasan yang dihuni oleh masyarakat Cina seperti di kawasan Palawan dan Bawang Assan manakala BN pula memperlohi kebanyakan undi dari kawasan Melayu/Melanau misalnya di kampung Nangka.

Kaedah pemberian peruntukan ketika berkempen dikatakan satu punca kekalahan SUPP/BN. Masyarakat Cina diSibu merasa terhina dengan cara pemberian peruntukan oleh para pemimpin BN. Bagi kebanyakan mereka, pemberian peruntukan ketika menghadapi pilihan raya adalah tidak lain daripada rasuah yang bertujuan membeli undi. Mereka merasa diperlakukan seperti masyarakat kelas bawahan yang bergantung kepada pertolongan orang lain untuk terus hidup.

Gambaran yang diberikan terhadap Ketua Menteri Sarawak sebagai seorang pemimpin yang korup serta mengamalkan nepotism dan cronyism dalam pentadbirannya juga sedikit sebanyak melunturkan keyakinan para penyokong BN

Persoalan mengenai harga pembaruan premium tanah juga dikatakan antara penyebab mengapa SUPP/BN ditolak. Isu ini merupakan satu isu yang telah berlarutan dari dulu lagi tetapi beluam ada penyelesaian. Kebanyakan penduduk kelas pertengahan yang tidak terlibat dengan perniagaan tetapi menduduki tanah komercial ini merasa terbeban dengan harga pembaharuan yang terlalu tinggi. Walaupun KM Sarawak mengumumkan 2 hari sebelum hari mengundi bahawa kadar pembaharuan premium tanah diturunkan kepada separuh harga, ianya dikatakan sudah terlambat. Ianya juga memburukan lagi keadaan, kerana masyarakat Cina diSibu dapat menilai bahawa itu merupakan satu tindakan untuk membeli undi mereka dan dianggap rasuah.

Namun faktor yang dikatakan amat menarik ialah faktor kehadiran pengundi generasi muda masyarakat Cina yang baru berdaftar. Mereka dianggakan mencecah 3,000. Kehadiran mereka dianggap sebagai penyumbang kepada kemenangan DAP. Sebagai generasi muda yang lebih terdedah kepada isu semasa, mereka lebih tahu parti mana yang akan menjadi pilihan mereka.

Diketika masyarakat Cina Sibu melihat kemurahan hati para pemimpin BN semasa berkempen sebagai berunsur rasuah, masyarakat Melayu/Melanau/Dayak pula merasa mereka dipinggirkan. Namun walaupun dipinggirkan, statistic menunjukan undian mereka tetap berpihak kepada SUPP/BN. Ini jelas menunjukan bahawa corak pemikiran masyarakat bumiputera masih berada ditakuk lama. Walaupun tak diendahkan, mereka tetap setia.

Malah lebih mengecewakan, diketika pengundi genarasi muda masyarakat Cina bertambah, peratusan pengundian dari masyarakat bumiputera terutamanya masyarakat Dayak tampak semakin merosot. Mereka dilihat seolah olah mengambil sikap tidak peduli
Keadaan ini akan menjadi cabaran kepada PR pada pilihan raya umum Sarawak yang kini mungkin bakal diadakan pada tahun March 2011. BN Sarawak sudah pasti memerlukan lebih masa untuk mengkaji serta membaiki kelemahan sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Komponen Pakatan Rakyat harus menyusun strategi dari sekarang untuk mengubah corak pemikiran para pengundi ini, khususnya pengundi Dayak. Begitu juga, mereka harus bekerja keras untuk menarik lebih ramai generasi muda Dayak, bukan hanya untuk mendaftar sebagai pengundi, malah untuk mengundi PKR.....

No comments:

Post a Comment