Sekalung tahniah buat PR khususnya kepada Wong Ho Leng dan DAP. Untuk merampas kerusi parlimen P212 Sibu yang telah dikuasai BN sejak 28 tahun yang lalu bukannya kerja mudah. Tanpa usaha gigih serta pengorbanan dari semua pihak yang terlibat dalam kem PR, kejayaan ini mustahil akan tercapai apatah lagi, BN dilihat memilikki segala keperluan untuk meraih kemenangan.
Setelah selesai pengiraan undi, calon DAP/PR, Wong Ho Leng memperolehi 18,845 undi diikuti oleh calon BN/SUPP, Robert Lau Hui Yew dengan 18,447 undi manakala calon bebas Narawi Harun hanya memperolehi 232 undi dan hilang wang deposit. Dengan itu, calon DAP, Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi
Kemenangan ini bukan hanya dilihat sebagai mencipta sejarah buat PR malah ianya juga turut dilihat sebagai suntikan moral kepada barisan PR untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama.
Namun begitu, PR harus terus meningkatkan lagi usaha mereka, begitu juga dengan Wong Ho Leng. Beliau harus membuktikan yang beliau merupakan pilihan yang tepat. Beliau harus mengambil peluang ini untuk menunjukkan kepada penyokong beliau khususnya dan masyarakat Sarawak amnya bahawa calon DAP juga boleh memikul tanggungjawab sebagai wakil Parlimen dengan baik dan berkesan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.
PR tidak harus leka dengan kemenangan ini kerana kemenangan ini mungkin dipengaruhi oleh peratusan yang turun mengundi yang rendah iaitu 59.86 peratus. Yang selebihnya 40.14 peratus mungkin hanya ingin menjadi pemerhati buat seketika dan akan membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam tempoh yang terdekat ini. Apatah lagi, majoriti kemenangan yang diperolehi amatlah sedikit iaitu hanya 398 undi.
Dengan kemenangan yang berpihak kepada DAP, timbul persoalan, apakah yang akan terjadi kepada janji janji para pemimpin dari BN kepada masyarakat Sibu akan dikotakan? Sepanjang tempoh berkempen, para pemimpin dari BN telah memberi janji akan memberikan peruntukan peruntukan tertentu khusus buat masyarakat Sibu, Ini termasuklah peruntukan untuk pengawalan banjir, peruntukan untuk sekolah sekolah Cina dikawasan Sibu, peruntukan untuk project pembangunan dirumah rumah panjang dan lain lain lagi. Mungkinkah janji janji ini akan terus dipegang serta ditunaikan?
Apapun, tahniah kepada para pengundi khususnya di P212 Sibu kerana telah berani melakukan perubahan dan mengambil risiko disebalik jutaan peruntukan yang dijanjikan oleh BN. Keputusan yang telah anda ciptakan hari ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat diseluruh Sarawak dan akan menjadi titik permulaan dalam mengubah corak pentadbiran negeri Sarawak.
Takkan lah nak makan daging seumur hidup, sekali sekala rasailah sayur sayuran….
No comments:
Post a Comment