YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Wednesday, August 04, 2010

Coret2 – Guru Berpolitik

Hi…. dah lama juga tak update blog ni.. bukan apa, cuma tak dapat mencari isu isu yang menarik untuk dikongsikan. Namun, saya tertarik untuk menulis tentang keputusan kerajaan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah gred DG41 hingga DG48 untuk berpolitik. Mana tidaknya, setelah sekian lama, golong ini khususnya serta pegawai kerajaan amnya dilarang untuk berpolitik, tetatpi kenapa pula kini, mereka tiba tiba diberi lampu hijau yang berkuatkuasa 1th Aug ini.

Keputusan kerajaan untuk membenarkan kembali golongan ini berpolitik berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting bukan hanya dalam scenario politik Negara malah dalam memimpin masyarakat.

Memang tidak dinafikan, dalam sejarah, para guru pada suatu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam perkembangan politik Negara. Namun penglibatan mereka kemudiannya disekat apabila Peraturan 21, Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) dikuatkuasakan, Namun kini, pindaan terhadap peraturan berkenaan dipinda bagi membolehkan guru guru dari gred ini kembali berpolitik.

Secara kasar, memang, sebagai rakyat kepada Negara ini, para guru juga mempunyai hak yang sama seperti rakyat yang lain. Mereka memang mempunyai hak untuk berpolitik, cuma persoalannya, kenapa dulu penglibatan mereka disekat dan sekarang dibenarkan pula. Mungkinkah keputusan kerajaan ini mempunyai hubung kait dengan keputusan PRU12 yang lalu dimana kerajaan buat pertama kali dalam sejarah menerima tamparan yang hebat dari pihak pembangkang.

Kebanyakan pihak melihat keputusan kerajaan ini mempunyai agenda agendanya yang tersendiri. Mana tidaknya, para guru dilihat sebagai golongan yang rapat serta mempunyai pengaruh yang sangat kuat dikalangan penduduk setempat, lebih lebih lagi dikawasan perkampungan ataupun pedalaman. Kerajaan sudah pastinya akan sangat untuk mempergunakan pengaruh para guru ini demi kepentingan politik. Pernahkah kerajaan mengambil kira akan kesan sampingan yang mungkin akan timbul jika para guru dibenarkan berpolitik?

Bagi guru guru yang pro-kerajaan, ini memang merupakan peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Kejayaan mereka memainkan peranan membantu kerajaan dalam arena politik sudah pasti akan mempunyai impak yang kuat dalam urusan kenaikan pangkat ataupun gaji. Jika keadaan ini berlaku, guru guru ini mungkin akan lupa terhadap tanggungjawab mereka sebagai pendidik.

Bagaimana pula guru guru yang tidak pro kepada kerajaan? Mungkinkah mereka akan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk berpolitik? Apakah kerajaan akan merasa senang ataupun hanya duduk diam melihat kejayaan mereka mereka ini memainkan peranan mereka dalam politk pihak pembangkang? Masihkah mereka mempunyai peluang yang sama rata berdasarkan merit dalam urusan kenaikan pangkat mahupun gaji? Jika kerajaan masih ragu ragu tentang persoalan ini, lebih baik keputusan ini ditarik balik sahaja.

Secara peribadi, saya merasa para guru tidak sesuai untuk berpolitik.Saya berpendapat bahawa penglibatan guru dalam berpolitik akan menjurus kepada perpecahan dikalangan warga pendidik disekolah disamping akan membawa budaya “perpolitikan” dikalangan pelajar. Tambahn pula, sejauh manakan kebebasan para guru untuk berpolitik masih menjadi tanda TANYA

betul

No comments:

Post a Comment