YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Tuesday, August 31, 2010

MUTIARA KATA - HARI MERDEKA

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh masyarakat Malaysia khasnya pengunjung PURA. Berikut adalah petikan mutiara kata yang dipetik dari ucapan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najid Tun Abdul Razak bersempena dengan Hari Kemerdekaan tahun ini. Semoga keharmonian Negara ini akan terus berkekalan.


MUTIARA KATA
Diwajah suci anak anak ini kulihat sinar
Dihati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka
Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan 1 Malaysia.


betul

No comments:

Post a Comment