Pilihanraya negeri kali ini, dijanka akan menjadi lebih menarik dengan adanya saingan sengit dari Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Pelbagai isu yang wujud sejak kebelakangan ini serta perubahan dalam pola pengundian rakyat Sarawak sudah pasti akan membuat jentera BN Sarawak bekerja lebih keras berbanding dengan beberapa pilihanraya negeri yang lalu.

Selain PBB, BN Sarawak juga disertai oleh SUPP, PRS dan SPDP. Dalam pilihanraya negeri yang lalu PBB memenangi 35 kerusi, SUPP 11 kerusi, PRS 8 kerusi dan SPDP 8 kerusi manakala 8 kerusi jatuh ke tangan pembangkang dan 1 kerusi diperolehi calon bebas.
Tan Sri Dr Goerge Chan, Presiden SUPP dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa SUPP akan melakukan perubahan besar dalam senari calon partinya iaitu 30 peratus daripada calonnya merupakan muka baru. Beliau berkata, muka muka baru ini terdiri dari kalangan profesional muda. Ini berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihanraya negeri yang lalu, dimana mereka tewas 8 kerusi daripada 19 kerusi yang diperuntukkan.
Presiden PRS juga member kenyataan yang hampir serupa, dimana parti PRS akan melakukan 30 peratus pertukaran dalam senarai calonnya untuk pilihanraya negeri kali ini. Datuk Seri Dr James Masing juga memberitahu PRS akan mengetengahkan muka baru bagi menganti Alexander Vincent di kerusi Ngemah yang tewas kepada calon bebas Gabriel Adit pada pilihanraya negeri yang lalu. Daripada 9 kerusi yang diperuntukan, PRS tewas dikerusi Ngemah
PRS juga akan meneliti semula 2 kerusi yang mana satu daripadanya ialah kerusi Pelagus yang disandang oleh Larry Sng tetapi kini Larry Sng bukan lagi ahli PRS. Larry Sng merupkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.
Sebelum ini, Presiden SPDP, Datuk William Mawan berkata parti berkenaan akan mengekalkan kesemua 8 penyandang yang ada sekarang.
Apapun, kita berharap, pilihanraya negeri kali ini akan berjalan dengan lancar dan telus.

No comments:
Post a Comment