YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Sunday, December 24, 2006

Taman Negara Mulu (Bahasa Malaysia)



Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancungan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak. Memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sessuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Untuk sampai ke Taman Negara Mulu, anda perlu menaiki pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau mungkin anda ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

May 2002, merupakan kali terakhir saya menjenguk kawasan Mulu yang juga merupakan tempat asal saya. Saya masih dapat merasakan kedinginan yang mencekam pada waktu pagi dengan kabus masih menutupi sungai yang membuatkan hanya aliran sungai yang kedengaran. Pada waktu senja nya pula, ribuan layang-layang, berputar-putar di angkasa menunggu untuk kembali ke sarang masing-masing yang terletak didalam gua. Panorama indah ini sering kali mengamit jiwa untuk segera kembali.

Taman Negara Mulu, mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai salah satu Khazanah Dunia. Pengiktirafan ini, secara tidak langsung telah meletakkan nama Sarawak di mata dunia serta Malaysia secara amnya. Ia juga menjadi kebanggaan penduduk negeri Sarawak khususnya penduduk tempatan.

Kemajuan Taman Negara Mulu, sedikit sebanyak telah memberikan perubahan sosio-ekonomi kepada penduduk tempatan. Pertambahan jumlah pelancung telah memberikan penduduk tempatan pasaran yang lebih luas untuk memasarkan hasil craft tangan mereka. Ianya juga telah mewujudkan sektor persusahaan kecil-kecilan seperti perusahaan pengangkutan, pemandu pelancung, penginapan, sajian dan lain-lain yang berkenaan dengan industri pelancungan.
Bak kata pepatah, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tetapi bagi penduduk di Taman Negara Mulu, pepatah ini harus disebut secara songsang. “Bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian”. Setiap apa yang diberi pasti mempunyai harga yang tersendiri.

Kemajuan Taman Negara Mulu bukan hanya memberi impak yang besar dalam soal menaikkan taraf hidup penduduk tempatan, malah secara perlahan-lahan ianya juga merampas hak penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi. Bagaikan api dalam sekam, perlahan-lahan kerajaan mula menidakkan hak penduduk tempatan. Sedikit demi sedikit tanah rizab penduduk tempatan dikatogerikan sebagai tanah milik Taman Negara dan secara beransur-ansur kawasan perburuan serta penanaman terutama bagi masyarakat orang asli (Penan) menjadi kawasan larangan. Malah secara beperingkat-peringkat industri sokongan yang tumbuh mula disaingi oleh pihak atau kuasa luar. Perubahan ini tidak dapat diterima oleh rata-rata masyarakat tempatan yang sudah pasti tidak akan dapat bersaing dengan pihak yang lebih berkemampuan. Dan kemuncaknya, berlakulah perkara yang tidak diingini yang mengakibatkan sebilangan penduduk tempatan ditahan pihak yang berkuasa dalm tahun 90'an.

Adalah menyedihkan melihat penduduk tempatan menjadi buruh ditanah sendiri. Persoalannya?? Perlukah kita merelakan hak milik kita diambil oleh orang lain dan hanya dapat memberikan kita rasa “BANGGA”. Berbaloikah untuk kita menyimpan “Khazanah Dunia” dan pada masa yang sama melepaskan hak keistemewaan kita sendiri??













View of Wind Cave

No comments:

Post a Comment