YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Monday, November 09, 2009

PIALA MALAYSIA


Sebelumnya TAHNIAH kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah pun berjaya merangkul PIALA MALAYSIA kali ini. Pun begitu tahniah juga kepada pasukan Kelantan walaupun tewas kerana bukan mudah untuk melangkahkan sehingga ke peringkat Final
Bercakap tentang Piala Malapysia saya terkenang zaman kegemilangan sukan bola sepak di Malaysia. Malaysia dizaman kegemilangannya pernah menjadi pasukan yang digeruni dirantau ini tetapi kini semuanya hanya menjadi kenangan atau terlipat dalam lipatan sejarah.

Namun pada final Piala Malaysia kali ini suasana tersebut seolah olah kembali. Dengan ribuan penyokong kedua dua pasukan yang hadir telah berjaya mengembalikan suasana kemeriahan Piala Malaysia. Kehadiran mereka juga telah berjaya menyuntik semangat yang tinggi kepada pasukan masing masing. Kita dapat lihat para pemain bermain dengan penuh semangat dan bersungguh sungguh mengikut rentak irama penyokong masing masing. Dengan sokongan yang padu daripada penyokong para pemain telah berjaya mempamerkan satu mutu persembahan bola sepak yang boleh kita banggakan.
Seharusnya menonton permainan bola sepak boleh dijadikan satu kegiatan riadah untuk seisi keluarga. Kita dapat lihat ramai penyokong yang hadir membawa kanak kanak mereka bersama. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan sesame keluarga malah juga dapat menerapkan minat kanak kanak tersebut kepada sukan bola sepak. Namun apa yang mengecewakan adalah sikap segelintir penyokong yang bertindak keterlaluan. Ini telah memberikan satu gambaran yang tidak baik kepada kanak kanak yang sama sama hadir di stadium. Keadaan ini juga mungkin akan mengakibatkan ibubapa yang merancang untuk membawa keluarga menonton permainan bola sepak membatalkan niat mereka. Ini secara tidak langsung akan merugikan sukan bola sepak itu sendiri.

Kehadiran penyokong yang ramai amat diperlukan oleh sukan bola sepak masa kini. Ianya bukan hanya untuk member semangat kepada pemain malah ianya merupa nadi kehidupan kepada sukan itu sendiri. Kutipan yang banyak atas kehadiran penyokong yang ramai mampu mengubah prestasi sesebuah pasukan kerana mereka mempunyai dana yang cukup untuk berbuat demikian. Begitu juga sebaliknya..kehadiran penyokong yang ramai harus dibayar oleh para pemain dengan mempersembahkan mutu permainan yang menarik dan bermutu tinggi.

Apa pun sebagai seorang peminat bolasepak saya amat berharap kehadiran penyokong yang ramai ke stadium bukan hanya pada peringkat final sahaja. Sokongan penyokong seharusnya bersama para pemain mereka dari awal lagi hinggalah keperingkat akhir.

1 comment:

  1. Anonymous2:02 PM

    Bolasepak Malaysia takkan kemana selagi para pemain bermain hanya untuk nak glamour........

    ReplyDelete