Seperti yang dijangkakan dan seperti sering berlaku ketika berlakunya pilihanraya kecil, kini Sibu pula yang mulai dilanda hujan “RINGGIT”
Sejak beberapa hari ini, terpampang didada akhbar akhbar tempatan gambar gambar penyerahan cheque oleh para pemimpin BN dengan gambar para penerima yang penuh dengan senyuman. Apa yang mampu dilakuan oleh para PR, hanyalah melihat dengan mata kosong.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dianggarkan mendapat peruntukan sebanyak RM10mil, Sekolah Menengah Persendirian Cina mendapat RM5mil dan subsidi sebanyak RM200.00/bulan diberikan kepada para nelayan sebagai sara hidup.
Masyarakat di Sibu khususnya tidak pernah melihat durian runtuh yang sebegini banyak apatah lagi ianya datang mencurah curah dalam tempoh yang sangat singkat.
Tak cukup dengan itu, terdengar juga desas desus yang mengatakan terdapat “angpow” yang bergerak dijalan jalan raya serta diruai rumah rumah panjang.Maka itu, terdapat penduduk tempatan yang menyifatkan pemimpin peminpin BN yang datang melawat mereka terutamanya yang datang dari kerajaan pusat, semuanya pemurah belaka.
Hujan “RINGGIT” ini dijankakan akan menjadi lebih lebat apabila PM Datuk Najib tiba diSibu hari ini (Rabu) untuk lawatan kerja selama 2 hari. Beliau dijangkakan akan menghadapi permintaan rakyat yang berbagai bagai diantaranya, peruntukan untuk sekolah sekolah aliran Cina dikawasan Sibu, peruntukan bagi penubuhan Universiti diSibu serta peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan program pencegahan banjir.
Selain itu, beliau juga akan diajukan dengan permintaan untuk memansuhkan tol bagi penggunaan jambatan Lanang dan meluluskan perlaksanakan program kebajikan dimana warga emas diSarawak akan menerima sebanyak RM100.00/tahun sebagai mengenang jasa mereka.
Perebutan kerusi Parlimen Sibu pada pilihanraya kecil kali ini melibatkan pertandiangan 3 penjuru, iaitu BN/SUPP, PR/DAP dan seorang calon bebas. Namun perebutan yang sebenar adalah diantara BN/SUPP dengan PR/DAP. Perhatian masyarakat serta pemerhati politik hanya tertumpu kepada dua calon ini.
Calon bebas iaitu Encik Nawawi, pernah bertanding pada tahun 1995 dengan hanya memperolehi 925 undi. Belian menjadi calon lagi pada tahun 2006 namun menarik diri disaat saat akhir. Mungkinkah beliau akan menarik diri sekali lagi? Tiada apa yang mustahil jika harga kena pada tempatnya, apatah lagi BN tidak rela melihat beliau memecahkan belahkan undian daripada masyarakat Melayu dan Melanau.
Dari gambaran awal, BN dijangka akan mengeluarkan peruntukan yang lebih besar jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lepas. Jika di Hulu Selangor hujan “RINGGIT” dianggarkan mencecah RM66mil, bagaimana pula di Sibu, berapakah jumlahnya hujan "RINGGIT" yang akan melanda?
No comments:
Post a Comment