YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Tuesday, May 11, 2010

Pesanan Tajem kepada masyarakat Iban

SERIAN: Penasihat kepada PKR Sarawak yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Daniel Tajem (Gambar)memberi amaran kepada masyarakat Dayak khususnya masyarakat Iban bahawa mereka akan kehilangan tanah NCR mereka jika mereka terus member mandat kepada BN pada pilihanraya Negeri yang akan datang.
Beliau berkata “ Ramai masyarakat Iban dibahagian bahagian lain diSarawak yang telah kehilangan tanah NCR mereka dan kita akan terus kehilangan tanah NCR ini jika BN terus menerus menerajui kerajaan Sarawak.”

“Di Balai Ringin, kita hampir kehilangan tanah NCR apabila 4 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud diberi PL (provisional lease) untuk menanam kelapa sawit. Kira kira seluas 741,000 hectar tanah NCR telah dikenalpasti untuk tujuan ini” kata beliau sambil menambah bahawa para pemilik tanah NCR ini telah pun membuat bantahan tetapi masih menemui jalan buntu.

Menurut pengakuan beliau, beliau beserta dengan para pemilik tanah NCR tersebut telah pun menulis surat kepada UMNO agar UMNO dapat campur tangan dan menghalang kerajaan Negeri daripada mengambil tanah NCR milik rakyat.

Tajem berkta: “ Tanah (NCR) adalah satu satunya asset kita dan jika kehilangan tanah kita, maka kita akan kehilangan segala galanya. Kita akan menjadi orang yang tidak memiliki tanah. Kita tidak akan tahu kemana untuk berteduh dan mungkin akan tidur dibawah jambatan”
Masyarakat yang tidak memiliki tanah serta tidur dibawah jambatan adalah merupakan pandangan yang biasa dilihat dinegara lain dan ini akan berlaku kepada kita jika kita tidak menukar kerajaan negeri yang ada sekarang.”
Katanya lagi ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan PKR bahagian Sri Aman pada Sabtu lepas @ 24th April 2010.

“Kita bukannya hanya menukar Taib Mahmud, tetapi kita mesti menukar kerajaan Negeri. Maka, kita perlu bersatu dan bekerja keras untuk menukarkan kerajaan, hanya dengan demikian kita boleh menyediakan program yang baru untuk pembangunan” tekan beliau.

Beliau juga berkata bahawa, Pakatan Rakyat harus mendapatkan kemenangan sekurang kurangnya 36 kerusi daripada 71 kerusi bagi mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan negari

“Dengan hanya memenangi kerajaan negeri sahaja masih belum mencukupi, Pakatan Rakyat juga perlu menguasai kerajaan Pusat, jika tidak, kerajaan pusat pasti akan melakukan sesuatu bagi menyukarkan keadaan kerajaan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

“Lihat, bagaimana kerajaan pusat mengambil alih kerajaan Perak setelah Pakatan memenanginya melalui proses pilihanraya.

Senario yang hampir serupa juga berlaku kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Stephen Kalong pada lewat 1966 apabila beliau tidak bersetuju menukarkan pegawai pegawai kerajaan diSarawak dengan pegawai pegawai dari Semenanjung Malaysia.

Apabila Ningkan menolak untuk meletak jawatan, kerajaan persekutuan mengistiharkan keadaan darurat di Sarawak. Kemudian kerajaan persekutuan mengubah perlembagaan kerajaaan Negeri yang membolehkan Governer melucutkan jawatan Ningkan sebagai Ketua Menteri”
kata Tajem

“Maka, adalah sangat penting kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Rakyat” tambah beliau.

No comments:

Post a Comment