YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Sunday, May 09, 2010

P212 Sibu-Pengundi Menjadi Hakim

Selepas sering bertembung dimakhamah, kedua dua peguam ini akan bertambung pula di kerusi Parlimen Sibu dan hakimnya pula adalah pengundi dikawasan Sibu yang berjumlah 54,695 pengundi.

Kedua dua calon ini iaitu Robert Lau Hui Yew dari SUPP/BN dan Richard Wong Ho Leng dari DAP/PR merupakan peguam yang sering bertembung dimakhamah bagi mewakili anak guam masing masing. Berbeza daripada dimakhamah, kini kedua duanya bergantung kepada undian para pengundi bagi menentukan siapakah yang akan menang. Sejauh manakah keberkesanan hujah masing masing untuk memenangi hati para pengundi hanya akan diketahui selepas proses pembuangan yang akan diadakan pada 16th May ini.

Robert Lau Hui Yew yang kini berusia 44 tahun merupakan anak saudara kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew. Beliau boleh dianggap masih baru didalam arena politik dan ini adalah merupakan penampilan pertama beliau. Selain daripada bergiat dalam bidang guaman, beliau juga turut dilantik sebagai councillor dalam majlis perbandaran Sibu untuk tempoh 5 tahun. Beliau berharap pengalaman sebagai councillor akan dapat dimanafaatkannya dalam bidang politik.

Selepas mengetahui perkhabaran yang beliau akan dipilih mewakili SUPP, beliau dilihat sering menonjolkan diri dikhalayak ramai. Setiap hari beliau akan keluar berjalan jalan dipersekitaran bandar Sibu untuk menemui dan berbual bual dengan orang ramai serta para peniaga. Dari segi kemampuan kewangan, beliau dilihat tidak mempunyai masaalah kerana beliau adalah anak kepada usahawan berjaya iaitu Lau Swee Nguong, Chairman KTS Group

Dengan slogan “Berjuang Demi Kecermelangan Sibu” , beliau berharap akan berjaya memenangi kerusi tersebut dan meneruskan perjuangan mendiang pak ciknya, Robert Lau Hoi Chew.
. Berlainan dengan Robert Lau, Richard Wong pula berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Dizaman sekolahnya beliau terpaksa berusaha bagi menampung perbelanjaan pengajian. Beliau terkenal dikhalayak ramai sebagai seorang yang sering menentang penyalahgunaan sumber sumber bumi seperti kayu balak oleh golongan golongan tertentu untuk kepentingan serta kekayaan diri sendiri

Dari segi pengalaman dalam bidang politik, Richard Wong yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak, dianggap lebih berpengalaman. Ini merupakan kali yang ke-4 beliau mencuba nasib merebut kerusi tersebut, selepas tewas 3 kali kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew dengan majority yang tidaklah begitu besar. Mungkinkah beliau akan berjayamelakukannya kali ini? Jawapannya terletak ditangan 54,695 tangan pengundi berdaftar dikawasan Sibu.

Seorang lagi calon yang akan bertanding kali ini ialah Narawi Haron, 60 tahun. Beliau merupakan seorang pesara dari jabatan perkhidmatan awam. Beliau pernah mencuba nasib pada tahun 1995 dan hanya mendapat 975 undi serta kehilangan wang cengkeram.

No comments:

Post a Comment