YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Saturday, May 08, 2010

Tinggal Beberapa Jam Lagi


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sibu (P212). Suruhanjaya Pilihanraya telah menasihati agar semua pihak yang bertanding mematuhi peraturan serta arahan pihak polis ketika berada di pusat penamaan calon iaitu di Dwan Suarah Masyarakat Sibu bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Penamaan calon dijadualkan bermula dari jam 9 hingga 10 pagi. Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Ahamad Wan Omar mengatakan bahawa 5 set borang penamaan calon telah pun dikeluarkan oleh pihaknya. 3 borang kepada DAP manakala satu kepada BN dan satu lagi kepada calon bebas.

Pihak polis pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa kira kira 1,000 anggota akan ditugaskan bagi memastikan segala urusan penamaan calon berjalan dengan lancar dan memastikan tidak ada insiden insiden yang tidak diingini berlaku.
Pilihanraya kecil kawasan Parlimen Sibu dijangkakan akan memperlihatkan pertembungan tiga penjuru, iaitu diantara BN, DAP dan satu calon bebas.

Namun, tumpuan akan terarah kepada pertembungan antara calon BN yang diwakili oleh SUPP dan calon DAP yang mewakili PR.
BN diwakili oleh Robert Lau Hoi Chew manakala PR akan diwakili oleh Wong Ho Leng

No comments:

Post a Comment