Saingan untuk merebut taktha Liga Perdana Inggeris menjadi semakin menarik dan mendebarkan. Chelsea dengan mudah meratah Stoke City 7-0 ditempat sendiri untuk mengekalkan jurang perbezaan satu mata dengan pencabar utamanya Machester United. Dengan hanya 2 lagi perlawanan Chelsea memperolehi 80 mata manakala Manchester United mengekori rapat dengan 79 mata setelah berjaya membenam Tottemham Hotspur 3-1 juga ditempat sendiri.
Laluan seterusnya bagi Chelsea agak rumit apabila terpaksa bertandang ke gelanggang Liverpool pada 2 May ini. Chelsea pasti akan menerima tentangan hebat dari Liverpool yang juga mencipta kemengan hari ini iaitu mengalahkan Burnley 4 – 0 ditempat lawan.
Liverpool pastinya akan berusaha keras untuk mencapai kemenangan demi memperbaiki kedudukan dalam senarai liga. Kalah mungkin membawa padah kepada Chelsea dan akan mengikatkan mereka kempunan lagi kepada Manchester United untuk 3 tahun berturut turut.
Manchester United pula dilhat mempunyai laluan yang lebih mudah. Mereka akan berkunjung ke Sunderland yang kini menduduki tangga ke10 liga manakala perlawanan terakhir akan menyaksikan mereka melayan kehadiran Stoke City yang juga dianggap laluan yang mudah. Namum, apa pun, Manchester United harus berhati hati kerana jika perbezaan gol yang akan menjadi penentu, maka ianya akan berpihak kepada Chelsea. Chelsea memperolehi 61 perbezaan gol setakat ini berbanding dengan Manchester United yang hanya memperolehi 53 perbezaan gol.
No comments:
Post a Comment