YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Monday, April 26, 2010

BN Menang Lagi…


Kerusi Parlimen Hulu Selangor kini sah kembali menjadi milik BN. Calon BN, P. Kamalanathan diumumkan sebagai pemenang dengan menewaskan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim setelah semua peti undi selesai dikira dengan majoriti 1,725 undian.


P. Kamalanathan memperolehi 24,997 undi manakala Datuk Zaid pula memperolehi 23,272 undi. Jumlah yang keluar mengundi pula ialah 48,935 pengundi iaitu 75.80 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar dikawasan Hulu Selangor.


Dari sumber yang diperolehi, calon BN P Kamalanathan memperolehi kemenangannya daripada pengundi pengundi di kawasan Felda. Mungkin taktik BN yang menekankan isu peribadi calon PKR dalam kempen pilihanraya ini berkesan kerana saya berpendapat pengundi pengundi dikawasan Felda lebih bersikap conservative.


Sekalung tahniah kepada P. Kalamanathan (BN) dan kepada PR, jadikanlah kekalahan ini sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk menghadapi pilihanraya pilihanraya yang akan datang terutamanya pilihanraya kecil P212 Sibu, Sarawak yang bakal diadakan Mei ini berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Datuk Robert Lau akibat cancer.


Pilihananraya kecil P212 Sibu, dijangka akan menyaksikan sekali lagi pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PR. BN akan diwakili oleh parti komponennya SUPP manakala PR akan diwakili oleh DAP.


P212 Sibu mempunyai 53,679 pengundi berdaftar dengan 60 peratus merupakan masyarakat Cina. Menurut penganalisa politik, DAP berpeluang cerah merampas kerusi tersebut dari SUPP. Ini ekoran tinjauan yang mengatakan masyarakat Cina di Sibu kurang berpuasan hati dengan SUPP ditambah pula dengan krisis dalaman yang dihadapi oleh SUPP sejak kebelakangan ini.


Walau bagaimana pun, DAP harus berusaha lebih keras jika mereka mengidamkan kerusi tersebut kerana SUPP pasti akan berusaha semampu mungkin untuk mengekalkan kerusi berkenaan dalam genggaman mereka. Krisis dalaman SUPP tidak boleh dijadikan ukuran kerana keputusan Pilihan raya kecil Hulu Selangor telah membuktikannya. Calon MIC telah berjaya memperolehi kemenangan disebalik kemelut yang sedang melanda MIC.

No comments:

Post a Comment