YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Friday, April 23, 2010

Kempen – Tak Berubah

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk rakyat di Hulu Selangor membuang undi. Siapakah yang akan mendudukki kerusi Parlimen Hulu Selangor bakal kita ketahui tidak lama lagi. Namun apa yang berlaku di Hulu Selangor sepanjang tempoh berkempen menjadi tumpuan ramai masyarakat Malaysia.

Ditengah tengah kehangatan pilihanraya ditambah dengan keinginan untuk menang, pelbagai isu tiba tiba muncul sebagai senjata untuk memperolehi undi. Hampir semua pemimpin dari kedua dua pihak turun padang bagi membantu calon masing masing seolah seolah tiada lagi hal yang lebih penting selain daripada menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor. Itulah demokrasi...mereka perlukan mandat dari rakyat untuk menubuh kerajaan dan berkuasa...Maka itu, pada masa sebegini, apa yang paling penting ialah memperolehi mandat, yang lain lain dikemudiankan atau tak perlu dihirau sama sekali....

Demi untuk memperolehi mandat, apa saja sanggup dilakukan. Dari kem BN, kita dapat mendengar dengan lantang suara suara yang mengatakan bahwa Datuk Zaid adalah seorang pemabuk. Malah terdapat poster poster beliau yang dirubah bentuk agar beliau kelihatan seperti dalam keadaan sedang mabuk. Yang hairannya, kenapa dulu sewaktu beliau masih bersama UMNO/BN, tiada seorang pun yang menggelar beliau seorang pemabuk dan penjudi, malah beliau diberi tugas Menteri dalam kerajaan BN. Wow...kerajaan BN rupa rupanya melantik seorang pemabuk untuk menjawat jawatan Menteri....Hahaha...Tapi saya yakin, beliau dilantik kerana walaupun beliau seorang peminum dan penjudi pada waktu itu, beliau mampu menjalankan tugas beliau dengan baik, maka itu beliau dilantik. Itu dianggap kehidupan peribadi beliau dan todak kena mengena dengan tugas. Tidak timbul soal “pemabuk atau penjudi”...

Kenapa sekarang, selepas beliau bertaubat dan meninggalkan UMNO/BN demi mempertahankan prinsip beliau, beliau dilabel sebagai “pemabuk dan penjudi??”...........Haha..mungkin beliau sudah tidak mempunyai “baju kalis peluru” apabila keluar dari UMNO/BN................Kalau nak disenaraikan mungkin terlalu panjang, anda pasti tahu sendiri keperibadian kebanyakan pemimpin didalam BN itu sendiri...semua jenis “P” pun ada, tetapi mereka mereka ini tidak dilabelkan sebegitu malah dikatakan sebagai pemimpin yang berwibawa...Mereka masih dilindungi dengan “baju kalis peluru” UMNO/BN...tapi jika suatu hari nanti mereka “melompat”, perkara perkara ini pasti terdedah.....

Juga ada kedengaran suara suara yang mengatakan beliau adalah “katak” dan tidak harus disokong...hahaha..satu lagi kelucuan. Kalau Datuk Zaid tidak harus disokong kerana beliau adalah “katak”, ada berapa ramai “katak” didalam BN sendiri???? Saban hari kta melihat “katak-katak” ini melompat masuk ke kotak BN...Jadi, kenapa kita harus menyokong BN yang penuh dengan “katak-katak”?????

Cubalah berkempen secara professional. Kita bukan lagi hidup dizaman batu...dah berpuluh puluh tahun kita merdeka, takkanlah masih juga membangkit soal soal peribadi seseorang semata mata untuk memburuk burukkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sepatutnya, calon calon menjelaskan kepada para pengundi mereka tentang perancangan yang beliau ada untuk memajukan kawasan tersebut dan dengan sedaya upaya mengubah perancangan tersebut menjadi kenyataan apabila beliau diberi mandat. Rakyat mahukan perubahan, maka calon calon harus menunjukkan perancangan perubahan yang mereka ada dan buktikan dengan melaksanakannya apabila dipilih kelak. Rakyat bukanya mahu mendengar perihal sifat buruk calon calon yang bertanding..........

No comments:

Post a Comment