Perebutan taktha Liga Perdana Inggeris kembali terbuka ekoran kekalahan 1 -2 Chelsea kepada Tottenham Hotspurs awal pagi tadi. Dengan hanya perbezaan 1 mata, Manchester United berpeluang cerah untuk mengekalkan gelaran juara liga untuk kali keempat berturut-turut.
Selepas perlawanan awal pagi tadi Chelsea menumpul 77 mata berbanding Manchester United yang mengumpul 76 mata.Perlawanan yang seterusnya akan menjadi lebih menarik buat kedua dua pasukan.
Manchester United dan Chelsea masih ada 3 lagi perlawanan yang harus ditempuhi untuk menamatkan musim ini. Laluan Manchester United kelihatan lebih mudah berbanding Chelsea yang terpaksa berhadapan dengan Liverpool ditempat lawan.
Manchester United akan menunggu kunjungan Tottenham Hotspurs pada perlawanan yang akan datang sebelum bertandang ke gelanggang Sunderland and perlawanan akan berlangsung di Old Trafford iaitu menentang Stoke City.
Chelsea pula akan melayan Stoke City ditempat sendiri sebelum bertandang ke Liverpool and kemudiannya melayan kehadiran Wigan Athelic ditempat sendiri.
Nampaknya, kemungkinan soalan berkenaan dengan pasukan manakah yang akan bergelar juara hanya akan terjawab selepas perlawanan yang terakhir..
No comments:
Post a Comment