Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mungkin pernah bertanya, kenapa kita harus peduli? Kenapa kita harus peduli atau mengambil berat tentang permasaalah Malaysia? Mungkin kita akan berkata “Biarlah orang orang yang berkenaan yang menyelesaikan masaalah Negara.”...None of my business. Kenapa kita pula harus memeningkan kepala? Yang penting kita dalam keadaan yang kita inginkan, apa perlu diperdulikan masaalah orang lain. Mind your own business kan lebih baik.
Sikap yang sebegini sebenarnya sudah cukup untuk memberikan penjelasan tentang banyak perkara yang berlaku di Negara kita. Misalnya, kenapa terdapat banyak sampah sarap disekitar bandar bandar di Negara ini? Well, kalau orang lain yang membuang sampah merata rata, kenapa pula saya yang peduli dan mengutipnya? Tiada kena mengenakan? Begitu juga, kenapa berlaku terlalu banyak amalan rasuah dinegara kita? Yah..jika orang lain boleh menerima rasuah, kenapa pula saya tidak?
Kita mungkin tidak dapat mengubah sikap atau cara pemikiran orang lain, tapi saya percaya dan yakin kita pasti mampu mengubah banyak perkara dalam kehidupan serta pemikiran diri kita sendiri.
Berbalik kepada soalan, kenapa saya harus mengambil berat atau kenapa saya harus peduli. Saya mengambil berat tentang Malaysia sama seperti saya mengambil berat tentang keluarga saya. Saya mengambil berat kerana Malaysia adalah sebahagian dari diri saya. Saya mengambil berat kerana Malaysia milik saya dan saya milik Malaysia.
Saya mengambil berat kerana saya tidak mahu memilikki atau dimilikki oleh sebuah Negara yang gagal. Bayangkan jika Malaysia gagal, seperti sesetengah Negara di Africa, sebagai contoh, seperti Somalia. Masih mampukah kita hidup dalam keadaan sekarang? Masih mampukah kita menyuap hidangan hidangan kegemaran kita? Masih mampukah kita menghantar anak anak kita kesekolah untuk menimba ilmu? Sudah pasti, banyak perkara yang kita inginkan tidak dapat kita lakukan.
Mungkin kita tidak sedar, sebenarnya, kejayaan atau kegagalan sesebuah Negara banyak bergantung kepada rakyat Negara itu sendiri. Misalnya dalam soal pembuangan sampah dimerata rata tempat dipersekitaran kawasan anda. Jika anda tidak peduli atau tidak mengambil berat, anda juga yang akan menerima akibatnya. Anda, keluarga anda, serta jiran jiran anda juga yang akan terpaksa mencium bau busuk dari sampah tersebut, malah terdedah kepada pelbagai penyakit yang mungkin hadir dari sampah sampah tersebut. Jika anda menyayangi diri anda serta orang orang yang anda sayangi, sudah pasti anda tidak akan membiarkan perkara sebegini terjadi dan anda sudah semestinya berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan tersebut.
Begitu juga dengan amalan rasuah. Kenapa anda harus peduli? Anda juga boleh berbuat demikian, memberi atau menerima rasuah demi kepentingan diri sendiri. Pernahkah anda terfikir, jika cara pemikiran anda yang sebegitu sebenarnya merupakan satu formula untuk mewujudkan sebuah Negara yang gagal? Apakah anda akan merasa tenang untuk mewariskan sebuah Negara yang gagal kepada orang orang yanganda sayang, anak anak anda, cucu cucu anda serta keluarga anda yang lain yang anda sayangi. Pastinya anda tidak merasa tenang. Mungkin anda tidak dapat menghentikan orang lain, tapi saya yakin dan pasti anda boleh mengelakkan diri anda daripada melakukan perkara yang sama.
Sikap tidak mengambil berat tentang permasaalahan Negara ini juga telah mengakibatkan ramai daripada kita yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pengundi. Mungkin anda berkata: “Untuk apa saya harus mendaftar? Kenapa saya harus peduli? Biarkan saja mereka mereka yang ingin mengundi mengdaftarkan diri”. Anda tidak menghiraukan, parti manakah atau siapakah yang bakal memerintah Negara. Anda mengambil sikap tidak peduli tetapi pada waktu yang sama, anda sering meluahkan rasa tidak puas hati anda dikedai kedai kopi. Tiada gunanya anda melahirkan rasa tidak puas hati anda jika anda sendiri tidak pernah melakukan apa apa untuk mengubahnya.
Mungkin juga anda lupa jika mengundi adalah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Jika anda milik Malaysia dan Malaysia milik anda, maka anda harus bersikap mengambil peduli atau mengambil berat kerana peranan anda serta sikap mengambil berat anda akan membantu dalam menentukan hala tuju Negara anda, Malaysia.
No comments:
Post a Comment