YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Saturday, April 17, 2010

Pilihan Raya Kecil Sibu

SPRM telah pun menetapkan 16 May untuk pilihanraya kecil bagi Parlimen Sibu, manakala hari untuk penamaan calon pula ditetapkan pada 8 May.

Pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian Robert Lau Hoi Chew dari SUPP minggu lepas akibat cancer. Mendiang yang juga merupakan timbalan Menteri Pengangkutan telah menduduki kerusi Parlimen Sibu selama 4 penggal.

Pilihanraya kecil kali ini dijangka akan menyaksikan pertembungan antara SUPP dan DAP berikutan kenyataan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang mengatakan DAP akan mewakili PR dalam pilihan raya kecial ini. Menurut beliau, calon daripada DAP merupakan calon yang sesuai untuk PR merampas kerusi tersebut daripada tangan SUPP/BN

SUPP dikatakan akan mencalonkan Lau Hui Yew iaitu sepupu kepada mendiang Robert Lau sebagai calon. Lau Hui Yew yang merupakan seorang peguam adalah muka baru dalam arena politik Sarawak.

Daripada 8 calon yang disenarai pendek, DAP mencadang David Wong sebagai calon. Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, David Wong yang menyertai DAP kira kira 10 tahun yang lalu merupakan calon yang paling sesuai bagi DAP merampas kerusi tersebut. David Wong sebelum ini pernah bertanding dalam beberapa siri pilihan raya termasuk 2 kali cubaan untuk menawan kerusi Parlimen Lanang.

Pada Piliha raya 2006, kerusi Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan 3 penjuru diantara SUPP(BN), PKR dan DAP yang akhirnya dimenangi oleh SUPP dengan majoriti 3,232 undi.

Kerusi Parlimen Sibu mempunyai 54,595 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.

No comments:

Post a Comment