Kini sah sudah siapakah calon calon yang akan bertanding di pilihanan raya kecil bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor. Sekali lagi kita dijangkakan akan melihat satu persaingan yang sengit diantara BN and PR.
Disebalik keinginan MIC untuk mencalonkan Datuk G. Palanivel yang hanya tewas dengan 198 undi pada pilihan raya 2008 dan suara masyarakat setempat yang menginginkan V. Mugilan, BN mencalonkan muka baru iaitu P. Kamalanathan yang merupakan Ketua Penerangan MIC. TPM dalam kenyataannya mengatakan pencalonan P. Kamalanathan adalah disebabkan rakyat menginginkan muka baru walaupun terdapat desas desus masyarakat Hulu Selangor khususnya ahli ahli MIC tidak begitu bersetuju dengan pencalonan tersebut.
PR pula menaruh harapan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang dilihat sebagai seorang tokoh yang penuh berpengalaman dalam arena politik. Beliau dilihat sebagai calon yang mampu mengekalkan kerusi tersebut dalam tangan PR apatah lagi dengan adanya perselisihan faham serta rasa tidak puas hati didalam kem BN berkenaan dengan calon.
Dengan begitu banyak kemelut yang melanda PR kebelakangan ini serta kepopularan PM Datuk Sri Najib yang dilihat semakin meningkat, mampukah PR mempertahankan kerusi tersebut. Dapat dikatakan pertandingan di Hulu Selangor kali ini tidak jauh bezanya dengan pilihan raya kecil Ijok dalam tahun 2007. Ia dilihat sebagai pertarungan di antara Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Kedua dua kawasan juga mempunyai persamaan dari segi geografi iaitu mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang kebanyakannya menjalankan aktiviti pertanian serta berniaga secara kecil-kecilan.
DiIjok, MIC mencalon muka baru lagi muda untuk berhadapan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini merupakan Ketua Menteri Selangor. Di Hulu Selangor scenario yang hampir serupa juga berlaku. MIC sekali lagi mencalonkan muka baru untuk berhadapan dengan seorang tokoh yang pernah menduduki kerusi Parlimen dan menjawat jawatan Menteri. Mungkinkah keputusan yang sama akan berulang???
BN mahupun PR, kedua duanya menyatakan keyakinan untuk menang. Apa pun, kita tunggu dan lihat pada 25th April ini apabila masyarakat Hulu Selangor keluar mengundi.
Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai kira kira 64,500 pengundi dengan 52.7 peratus Melayu, 26.3 peratus Cina, 19.0 peratus India dan 1.7 peratus kaum lain lain.
Dalam kesibukan BN serta MIC di Semenanjung menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor, rakan mereka Datuk Seri Wong Soon Koh, Pengerusi SUPP Sibu juga tidak dapat melelapkan mata dengan lena mengingatkan pemergian Ahli Parlimen Sibu, Datuk Robert Lau baru baru ini selain bayangan saingan sengit yang akan dihadapi SUPP pada pilihan raya kecil Sibu kelak.....
No comments:
Post a Comment