YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Tuesday, August 17, 2010

Federal PKR reps to 'oversee' assault on state seats

MON, 16 AUG 2010 11:09
By Joseph Tawie (FreeMalaysiaToday)

KUCHING: In order to ensure maximum impact on the coming state election, the Sarawak PKR has decided to assign one elected representative from the peninsula to oversee each of the state constituencies contested by the party.

“These YBs from the peninsula will adopt each constituency that we are contesting.

“They will assist us in giving ‘ceramah’ as well as helping us to raise funds for the state election. We are a poor party and in need of financial assistance,” said state chairman Baru Bian last night.

He said that PKR is expected to contest in more than 40 constituencies; however the final number of seats would be subject to the approval of Sarawak Pakatan Rakyat Council which was formed recently.

The council comprising PKR, DAP, Sarawak National Party (SNAP) and PAS is discussing the allocation of seats.

“There are about six seats that need to be finalised with DAP,” he said.

Bian said all PKR's 29 divisions in the state had formed their respective election committees and have named their polling and counting agents.

“These committees are crucial to our election preparations,” he said, and wanted all the divisions to submit their reports to the headquarters.

These reports will be studied by a recently formed state political bureau which is made up of bureau heads, he added.

Bian also said PKR de facto leader Anwar Ibrahim is scheduled to visit Limbang and Lawas from Aug 31, while party supreme council member and FT chief Zaid Ibrahim is to visit Kuching on Aug 22.

“They are coming here to assess the political situation in the state,” he said.

Sarawak DAP eyes 20 seats
In the meantime, Sarawak DAP has expressed its interest to contest in 20 seats including Iban majority seats.

However, its chairman Wong Ho Leng was quick to say that the majority of the seats that the party would contest would be in the Chinese constituencies.

The Sarawak Pakatan Council is still discussing the seat allocation, he said, pointing out that the choice of candidate would be based on the principle that whichever party has a better chance of winning should stand in order to give the BN a run for their money.

“This is to ensure one to one fight,” he added.
========================================================

Selepas era kejatuhan PBDS, senario politik di Sarawak menjadi hambar and membosankan. Tiada apapun yang dapat menarik minat penduduk Sarawak untuk kembali meminati politik. Senario politik Sarawak lebih banyak diwarnai oleh perselisihan faham diantara para pemimpin parti yang akhirnya bukan hanya melemahkan parti tetapi juga turut mengakibatkan kemusnahan parti yang sedia ada serta kewujudan lebih banyak parti baru ekoran daripada kemusnahan tersebut. Akibatnya, BN menang dengan begitu mudah dalam beberapa siri pilihan raya negeri yang lalu. Kini, pilihan raya akan kembali lagi. Tempoh untuk Dewan Undangan Negeri yang ada sekarang akan tamat Jul tahun depan iaitu 2011.

Sarawak boleh dikatakan antara negeri di Malaysia yang mempunyai begitu banyak parti politk, tak kira yang bergabung dalam BN ataupun dipihak pembangkang. Komponen BN terdiri daripada PBB, SPDP, PRS dan SUPP manakala di pihak Pakatan Rakyat pula dibarisi oleh, PKR, DAP, PAS dan kini disertai oleh SNAP.

Sekali imbas, mungkin keadaan ini menunjukkan kepada kita bahawa di Sarawak kita mempunyai kebebasan dalam membentuk parti parti politik dan selaras dengan erti democracy yang sebenar. Namun jika benar benar diteliti, dengan lebih mendalam ianya tidak lebih, tidak kurang menunjukkan betapa para pemimpin di Sarawak tidak mempunyai persefahaman.

Komponen BN rata rata dibarisi oleh parti parti yang berakar umbi dibumi Kenyalang sendiri manakala dipihak Pakatan Rakyat, hanya SNAP merupakan parti yang berasal usulkan negeri Sarawak. Selebihnya iaitu PKR, DAP serta PAS merupakan parti kelahiran Semenanjung Malaysia.

Jika dilihat dari pola undian pengundi pengundi di Sarawak, mereka lebih memilih parti parti yang lahir diSarawak, terutamanya pengundi pengundi peribumi. Mungkin mereka merasa, masa depan mereka lebih terjamin apabila pemerintahan negeri diterajui oleh parti yang berasal usulkan bumi Kenyalang berbanding dengan parti parti yang datangnya dari Semenanjung, yang seringkali dilabelkan sebagai “Orang Luar” oleh pihak BN. Pada suatu ketika, perkataan “Orang Luar” yang sering diguna pakai oleh pihak BN ketika berkempen ini dilihat dapat memberikan kesan yang dalam terhadap masyarakat tempatan, terutamanya penduduk penduduk luar Bandar/pedalaman. Namun apapun, kini keadaan mungkin mulai berubah. Kemodenan dalam dunia penyebaran maklumat telah berjaya membawa sedikit kesedaran dikalangan penduduk Sarawak.

Mungkinkah perubahan dalam pola pemikiran para pengundi di Sarawak ini akan dapat mengubah senario politik di Sarawak dalam pilihan raya negeri yang akan datang?Jawapannya terletak ditangan para pemimpin dalam barisan PR.

Kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya Parlimen Sibu tidak dapat digunakan sebagai kayu pengukur. Harus diingat, penduduk Sarawak terdiri dari pelbagai kaum serta mempunyai pola pemikiran yang berbeza beza. Corak pemikiran masyarkat diSibu sudah pasti berbeza dengan corak pemikiran pengundi pengundi di kawasan lain misalnya pengundi di Lubuk Antu ataupun Telang Usan.

PR harus bekerja lebih keras. Mereka harus mulai mengkaji atau menyelidik akan keperluan setiap kawasan dan mulai mencari calon yang benar benar sesuai untuk kawasan tersebut. Janganlah seperti kata pepatah “hanya melepas batuk ditangga” Perselisihan serta pertengkaran sesama sendiri harus dielakkan, malah sikap bertolak ansur amat diperlukan bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu disetiap kawasan. Mereka harus menunjukkan kepada penduduk Sarawak bahawa mereka merupakan para pemimpin yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menerajui Sarawak. Calon yang dipilih pula bukan hanya mesti bersesuaian mengikut kawasan tapi juga harus mempunyai prinsip serta maruah diri. Kita tidak lagi mahu melihat, calon calon yang setelah menang atas tiket PR menjadi “KATAK”

betul

No comments:

Post a Comment