YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Thursday, August 19, 2010

Tema Hari Kemerdekaan 2010

Tak lama lagi, pada tanggal 31st Aug kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke53 diikuti dengan dengan sambutan Hari Pembentukan Gagasan Malaysia yang ke47 pada bulan berikutnya iaitu pada 16th Sep.

Bermula pada tahun 1970, setiap tahun Hari Kebangsaan akan disambut dengan temanya yang tersendiri dan setiap tahun tema ini diubah mengikut kesesuaian semasa serta hala tuju negara kecuali tahun pada 1988-1989 dan tahun 2000-2006 temanya dikekalkan.

1970             Muhibah dan Perpaduan
1971             Masyarakat Progresif
1972             Masyarakat Adil
1973             Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974             Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975             Masyarakat Berdikari
1976             Ketahanan Rakyat
1977             Bersatu Maju
1978             Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979             Bersatu Berdisiplin
1980             Berdisiplin Berbakti
1981             Berdisiplin Berharmoni
1982             Berdisiplin Giat Maju
1983             Bersama Ke Arah Kemajuan
1984             Amanah Asas Kejayaan
1985             Nasionalisme Teras Perpaduan
1986             Bangsa Tegas Negara Teguh
1987             Setia Bersatu Berusaha Maju
1988             Bersatu
1989             Bersatu
1990             Berjaya
1991             Wawasan 2020
1992             Wawasan Asas Kemajuan
1993             Bersatu Menuju Wawasan
1994             Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995             Jatidiri Pengerak Wawasan
1996             Budaya Penentu Kecapaian
1997             Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998             Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999             Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006     Keranamu Malaysia
2007             Malaysiaku Gemilang
2008             Perpaduan Teras Kejayaan
2009             1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Tahun ini, 2010, Hari Kebangsaan akan disambut dengan tema “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.

Beliau berkata “Kita merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysianya yang paling besar dan meliputi pelbagai kepentingan. “Mulai 1 Ogos sampai 16 September kita babitkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. Kita akan menjana program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis pada 1 Aug dan berakhir dengan Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 Sep.

Sebagai seorang warga Malaysia, saya berharap tema ini bukan hanya sekadar menjadi kata penghias disaat kita menyambut Hari Kemerdekaan tetapi intipati disebalik tema tersebut haruslah direalisasikan dan mudah mudahan apa yang ingin diTransformasikan akan tercapai dan kepada semua rakyat Malaysia, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

betul

No comments:

Post a Comment