YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Sunday, September 05, 2010

Secangkir Kopi Untuk Daddy

Bi, buatkan daddy kopi, terdengar suara ayah Susan melaung dari belakang rumah dimana dia sering duduk pada waktu petang begini. Aduh bentak hati Susan, malasnya, baru nak rehat-rehat daddy dah suruh buatkan kopi. Hish…kopi, kopi rungut Susan, sambil melangkah kedapur dengan malas. Bi ialah panggilan manja Susan oleh ayahnya.

Daddy, nah ini kopi daddy kata Susan, sambil meletakkan secangkir kopi diatas meja didepan daddynya, meja yang diperbuat sendiri oleh ayah Susan untuk bersantai pada waktu petang. Ayahnya memang sering melepak kat situ, kebetulan pula Susan sedang bercuti, maka Susan lah yang menjadi sasaran daddynya untuk membuatkan kopi. “Thanks” kata bapa Susan sambil mencapai cangkir kopi tersebut lalu menghirup seteguk. Ayah Susan merenung anak gadis kesayangan itu sambil tersenyum, Susan membalas senyuman daddynya walaupun hambar sambil berjalan menuju kebilik.

Susan berbaring diatas sofa diruang tamu sambil menekan nekan punat astro untuk menukar siaran, namun tiada satupun siaran yang menarik minatnya. Sebenarnya Susan merasa rimas tinggal dirumah. Daddynya asyik saja menyuruhnya membuat itulah, inilah, dia mengeluh panjang seketika. Setelah puas menekan nekan putat alat kawalan jauh astro, Susan bangkit dari sofa dan mencapai kunci kereta. Susan keluar dari pintu dapur sambil memberitahu ayahnya dia hendak keluar sebentar.

Bi nak kemana tu? Tanya ayahnya. Bi tu kan belum punya lesen memandu, kurangkanlah memandu diluar tu, kata daddynya lagi. Namun Susan tetap melangkah juga. Dihidupkanya engine kereta dan drummm berlalu pergi meninggalkan pintu pagar yang masih ternganga luas. Ayahnya cuma menggelengkan kepala sambil berjalan menuju pintu pagar untuk menutupnya.

Entahlah, Susan sebenarnya bosan bila asyik ditegur oleh daddynya. Ada sahaja perbuatannya yang tak kena pada mata daddy. Ergggg...Bosan !! keluh Susan sendirian di dalam hati sambil memandu tanpa arah tuju.

Selepas makan malam, ayah memanggil Susan serta 2 orang adiknya. Daddy ada nak cakap sikit ni, ujar ayahnya sambil tersenyum lembut memandang ketiga tiga anak gadisnya yang cantik manis itu. Daddy nak terangkan kat kamu semua agar kamu bertiga tidak salah faham, sambung ayah Susan lagi. Daddy nak kamu bertiga tahu yang daddy sayangkan kamu semua, apa saja teguran daddy pada kamu bertiga adalah semata mata untuk mendidik dan membetulkan sikap dan tingkah laku kamu sahaja. Sambil itu, melatih kamu untuk menguruskan rumah disamping membantu ibu kalian. Daddy menegur serta menyuruh kamu bertiga kerana daddy sayangkan kamu semua, kata ayah Susan lagi. Susan serta kedua dua adiknya hanya diam membisu. Pelikkan bunyinya pada kamu bertiga..tanya ayah Susan. Nanti, bila kamu bertiga dah berumahtangga dan ada anak ,kamu bertiga akan tau lah apa makna sebenarnya yang daddy cakapkan ni. Sambung ayahnya lagi

Daddy bukannya marah apatah lagi benci pada kalian, Kamu bertiga kan anak anak daddy, lembut dan teratur ayah Susan menuturkan kata nasihat kepada ketiga tiga buat buah hati kesayangannya tu. Mana mungkin ada ayah yang tak sayangkan anaknya. Harapan daddy bila kamu bertiga menerima teguran daddy dan berfikir, kamu bertiga akan mengubah mana mana perangai yang tak elok dan sikap yang tidak kena agar digantikan dengan perilaku dan sifat yang lebih mulia. Bila kita sudah terbiasa dengan sikap dan sifat yang baik, tentunya semuanya akan jadi elok buat kamu bertiga dan daddy pun tak lah asyik nak menegur kamu bertiga lagi. Ayah Susan cuba menerangkan pada ketiga tiga anaknya itu agar mereka tidak keliru dengan tindakannya yang berniat baik untuk mendidik anak anak gadisnya itu. Maklumlah orang muda sekarang mudah terasa dan berfikir negatif bila ditegur.

Kami faham ayah, balas Susan mewakili adik adiknya sambil mereka mengangguk-angguk tanda faham. Namun didalam hati mereka, lain pula ceritanya..Ahhh…berceramah pulak daddy ni..bentak mereka dalam hati sambil merungut rungut didalam diam. Ayah Susan sedar akan keadaan itu namun tetap meneruskan ceramahnya. Susan dan adik adiknya tiada pilihan, kenalah menunggu sehingga daddynya habis berceramah, walaupun sebenarnya mereka sudah naik bosan.Tidak ada satupun kata kata nasihat yang hinggap dihati mereka, yang ada cuma rasa meluat, cuma mereka tak berani untuk meluahkannya.

Sudah hampir sebulan Susan serta adik adiknya tidak mendengar leteran daddy mereka. Sudah hampir sebulan juga Susan serta adik adiknya berulang alik untuk menghadap tugu yang tertera jelas nama daddy mereka, kerana telah hampir sebulan daddy mereka pergi menemui Penciptanya, pergi yang tak mungkin akan kembali.

Susan rindukan daddynya, begitu juga adik adiknya. Susan benar-benar ingin bertemu daddynya. Maafkan Bi daddy, daddy tegurlah Bi dan suruhlah Bi buat apa apa saja kerja rumah, daddy berleterlah sepanjang hari, Bi tak akan merungut lagi, .Terisak-isak Susan menangisi sikapnya yang suka merunggut dan tidak ikhlas bila disuruh daddynya membuat kerja rumah selama ini. Ditambah lagi dengan rungutan setiap kali disuruh menyediakan secangkir kopi setiap kali dia mula hendak berehat rehat. Adik adiknya juga menitiskan airmata, menatap batu nisan yang tertera nama serta gambar daddy mereka

Kamu bertiga malas dan merunggutkan bila daddy minta kalian buatkan sesuatu, nanti bila daddy sudah tiada baru kalian rasa betapa rindunya kalian pada suruhan dan teguran daddy, terngiang ngiang suara daddynya ditelinga Susan, menambahkan sebak didadanya.

Harga sesuatu benda hanya dapat dinilai oleh orang yang tidak empunya nya. Misalnya harga sepasang mata hanya diketahui nialinya oleh sibuta. Kata kata daddynya berkumandang lagi dipendengaran Susan….Susan termenung mengingati kata kata daddynya itu..dia masih ingat, dia ketawa ketika daddynya berkata begitu,..... mana mungkin orang yang tidak memilikki sesuatu barang itu, tahu akan nilainya..daddy ni mungkin sudah gila. agaknya...dia masih ingat, itulah kata katanya didalam hatinya ketika daddynya berkata demikian...namun kini, dia mulai merasainya, dia mulai menyedari betapa mahalnya nilai teguran daddynya...teguran yang kini sudah tiada lagi.

Kini Susan rindukan teguran, leteran, ceramah serta suruhan daddynya. Dia merasa benar benar pilu dan sedih, baru kini dia sedar, sedar betapa teguran, nasihat suruhan serta leteran itulah kasih daddy rupanya. Susan masih terisak-isak. Susan rindukan kasih daddynya. Susan rindukan senyuman dan jelingan daddynya ketika dihulurkan secangkir kopi. Susan rindu membuat kopi untuk daddynya.

Forgive me daddy, bisik Susan, May Your Soul Rest in peace, bisik hatinya lagi sambil mengajak kedua dua adiknya beredar dari tempat persemadian daddynya... air mata sesal masih mengalir menuruni pipi Susan, begitu juga adik adiknya.........

Kata orang: Kasih Ibu membawa ke SYURGA, kasih bapa tetap RAHSIA


betul

1 comment:

  1. Anonymous1:02 PM

    Very touched Jos..good try ya..Manusia adalah mahluk biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan, selalunya kita tidak menghargai atau puas dengan apa yang kita ada sekarang tetapi akan menyedari betapa pentingnya seseorang itu setelah kita merasai kehilangannya, dan pada waktu itu masa sudah terlalu lewat dan tidak mungkin kita boleh kembali ke keadaan yang telah kita lewati sebelum ini. Hargailah dan bersyukurlah dengan apa yang ada didepan mata kerana hati yang tamak selalunya tidak menjanjikan kebahagiaan..Kasih Ibu dan Ayah tetap sama kedua-duanya sungguh utuh dan murni. Buat anak-anak di luar sana sedarilah bahawa teguran Ibu dan Ayah adalah teguran kasih sayang dan tidak berniat dengan perasaan benci semata-mata..please don't take it for granted or else you will regret forever..

    ReplyDelete