Tubuhku yang tergetar getar menahan kedinginan yang menusuk hingga ketulang sum sum tidak kuperdulikan. Kugagahi diriku agar tetap mampu berdiri diatas atap boat express walaupun diselimuti kabus tebal yang rasa dinginnya kian mencekam padahal jam dilenganku menunjuk ke angka lapan. Pandangan mataku terus dipukau oleh keindahan alam ciptaan yang Maha Esa yang menghiasi pemandangan disepanjang perjalanan ketika boat laju yang lebih dikenali dengan nama “express” menyusuri sungai Tutoh menuju ke sungai Baram.
Nun jauh disana, samar samar kulihat puncak Gunung Mulu yang masih diselubungi awan tebal. Keindahan pemandangan serta keheningan pagi itu benar benar memberikan rasa kedamaian yang tidak mampu untuk digambarkan dengan kata kata, apatah lagi, bunyi percikan air sungai Tutoh yang begitu jernih terpercik akibat terjahan boat laju yang melaluinya seakan akan kedengaran seperti irama yang amat mengasyikan. Sekali sekala, disepanjang perjalanan aku dapat melihat penduduk tempatan yang tidak menghiraukan kedinginan pagi tersenyum puas mendapatkan ikan yang terkial kial cuba melepaskan diri dari jaring.
Aku tersenyum sendiri mengenangkan zaman itu sambil mataku terus tertumpu ke kaca TV mengikuti rancangan berita TV3 yang disiarkan setiap jam lapan. Ketika tanganku mencapai kopi yang masih panas diatas meja, pendengaranku dikejutkan dengan oleh berita tentang sungai rejang yang dipenuhi oleh timbunan balak hanyut yang mengakibatkan ianya sukar dilalui oleh boat laju yang merupakan nadi pengangkutan disepanjang sungai rejang.
Kenanganku tentang keindahan dan kedamaian yang aku kecapi ketika menyusuri sungai Tutoh lebih 20 tahun yang lalu tiba tiba terpadam. Rasa benci dan marah kini menyelubungi jiwaku. Namun aku tidak tahu harus memarahi atau membenci siapa, yang pasti kemarahanku serta kebencian adalah kepada mereka mereka yang mengakibatkan kepada kejadian ini. Kerakusan mereka mereka ini yang kononnya untuk pembangunan telah merosakkan keindahan ciptaan yang Maha Esa.
Kehadiran aktiviti pembalakan yang tidak terkawal, perladangan yang berleluasa serta pembersihan hutan untuk pembinaan empangan telah merubah wajah segalanya. Hutan hutan serta sungai sungai yang dulunya menjadi nadi kehidupan penduduk tempatan dirosakkan fungsinya atas alasan untuk pembangunan.
Hutan hutan yang dulunya indah menghijau kini semakin hilang dari pandangan. Sungai sungai yang dulunya jernih serta bersih kini menjadi keruh dan kotor serta tidak dapat digunakan untuk keperluan seharian oleh penduduk tempatan. Keadaan ini bertambah buruk apabila kerajaan sehingga kehari ini masih gagal menyediakan air bersih bagi keperluan penduduk tempatan dan memaksa mereka kini hanya bergantung harap kepada air hujan untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Inikah yang dikatakan “PEMBANGUNAN”? Pembangunan seharusnya memberikan manfaat kepada penduduk tempatan dan bukannya menyulitkan lagi keadaan. Namun pembangunan yang kononya untuk memperbaiki kehidupan rakyat nampaknya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada penduduk tempatan.
Apa tidaknya, setelah segalanya mereka perolehi, dan setelah segalanya mereka cemari, mereka pergi tanpa mengira kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk tempatan. Mereka pergi tanpa menyediakan bekalan air bersih setelah sungai mereka cemari, mereka pergi tanpa menyedia kemudahan untuk pengangkutan setelah sungai semakin cetek dan tidak dapat berfungsi sebagai system pengangkutan akibat pemendapan hakisan tanah yang mereka lakukan. Mereka pergi dengan segunung keuntungan dengan meninggalkan penduduk tempatan yang terpaksa meneruskan kehidupan dalam kedaifan.
Setelah sekian lama mengecapi kemerdekaan, ditambah dengan sumber alam yang kita ada, adalah amat sukar untuk percaya jika masih ramai penduduk yang tidak mendapat keperluan yang paling asas untuk kehidupan seharian seperti bekalan air and electric, apatah lagi untuk mendapatkan kemudahan kemudahan lain seperti kemudahan kesihatan, komunikasi dan sebagainya
Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal. Jika penerokaan hutan tidak diseliakan dengan baik kejadian yang lebih teruk pasti akan berlaku. Kerajaan seharusnya bertindak tegas dalam memastikan perkara seumpama ini tidak akan berulang. Kerajaan juga harus tampil untuk memberikan penjelasan kenapa perkara ini boleh berlaku disamping harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerugian yang dialami oleh penduduk akibat dari tragedi ini. Tragedi ini bukan hanya menjejaskan aktiviti seharian disungai rejang malah juga telah merosakkan peralatan penduduk yang terdapat disepanjang tebingan sungai rejang seperti perahu, rakit dan sebagainya...
Posted In The Star:-River Disaster Hits Sarawak
Saya akui, kita semua juga inginkan pembangunan, kita semua juga inginkan kemajuan serta perubahan. Namun pembangunan, kemajuan serta perubahan tersebut haruslah dapat dinikmati bersama dan bukannya hanya untuk menguntungkan pihak pihak yang tertentu sahaja. Pembangunan juga harus mengambil kira kesan sampingan yang akan dihadapi oleh penduduk tempatan. Janganlah nak senang sendiri sedangkan orang lain dibiarkan mati………..ataupun mungkin itulah erti sebenarnya istilah PEMBANGUNAN yang kerajaraan war warkan.
Baram peoples should open their eyes to look at this DISASTER and open their mouth to say NO to BARAM DAM
Baram peoples should open their eyes to look at this DISASTER and open their mouth to say NO to BARAM DAM
No comments:
Post a Comment