YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Tuesday, February 22, 2011

Pabila Orang Ulu Turun Ke Kota

Kehadiran mereka tidak diendahkan oleh media yang dikawal kerajaan, pergerakan mereka sentiasa diawasi oleh pihak polis, namun mereka nekad untuk membuat satu perjalanan yang begitu jauh dari Ulu Baram ke Kuala Lumpur. Tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka menentang rancangan kerajaan Negeri Sarawak untuk membina empangan Baram yang mana bukan sahaja merosak struktur tanah bahkan akan mengakibatkan mereka dipindahkan dari kawasan asal usul mereka.

Kumpulan ini terdiri daripada kira-kira 30 orang termasuk kanak kanak. Ada yang terpaksa membelanjakan kos yang tinggi dan membuat perjalanan yang sejauh dari Long San yang terletak di tebngan sungai Baram. Salah seorang daripada jurucakap kumpulan ini yang bernama Willie Kayan, dari suku Berawan mengatakan kebanyakan yang terkena tempias rancangan pembinaan empangan Baram ini terdiri daripada pelbagai suku

“Kita adalah penduduk peribumi yang kurang mampu. Kenyah, Kayan, Berawan, Melayu dan Iban. Sedihnya, kita tidak mampu untuk mengumpul dana bagi membolehkan suku Penan menyertai kita” katanya ketika ditemu ramah oleh wakil media dari Sarawak Report
Kumpulan ini yang terdesak untuk memberitahu seluruh dunia tentang masalah mereka sanggup melalui perjalanan selama 8 jam dengan duduk dibelakang lori yang melalui jalan pembalakan untuk ke Miri dan kemudian menaiki pesawat untuk ke Kuala Lumpur. Mereka kemudiannya menghabiskan masa 3 hari berjalan denagn sepanduk mereka disekitar Kuala Lumpur. Mereka melakukan demontrasi diluar KLIA, diChina Town, dijalan-jalan utama dan kemudiannya ke KL Central.

Menurut mereka, orang ramai termasuk pelancung kelihatannya melihat mereka dengan penuh minat dan tanda tanya, namun pihak media tempatan tetap tidak mengendahkan kehadiran mereka.
Kumpulan ini juga mendakwa, kehadiran serta pergerakan mereka menjadi perhatian pihak polis dari cawangan khas, namun mereka tidak terkejut kerana mereka sudah menduga keadaan ini akan berlaku. Ketika  crew dari TV Selangor datang untuk menemuramah serta mengambil filem mereka, pihak polis dari cawangan khas yang sentiasa mengekori mereka didakwa menghalau mereka keluar dari KL Central.
“Orang ramai nampaknya sangat berminat dengan kehadiran kami, mereka mengambil gambar, menanyakan kami soalan serta mengambil “leaflets” kami, namun kami dipaksa pergi oleh pihak polis” kata Willie Kayan.

Keberanian serta kesungguhan kumpulan ini, walaupun kecil tidak seharusnya dipandang rendah.
Keberanian mereka merupakan petanda perubahan dalam masyarakat di Sarawak yang lazimnya bersifat pemalu dan menyendiri namun kini, mula bertindak akibat daripada tiadanya toleransi serta tekanan dari kerajaan pimpinan Taib Mahmud dalam soal pengambilan tanah NCR.


 

betul

No comments:

Post a Comment