SNAP ditubuhkan pada 10th April 1961 dan merupakan party ketiga yang ditubuhkan di Sarawal selepas penubuhan party SUPP dan Party Negara Sarawak (PANAS). Penubuhan SNAP bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat Dayak untuk menyediakan Sarawak mencapai kemerdekaan malah ianya juga menjadi landasan untuk masyarakatdayak bergiat dalam politik sepenuhnya. Ini kerana, walaupun terdapat masyarakat dayak yang menyertai SUPP dan PANAS namun kehadiran mereka hanya sebagai ahli biasa dan tidak dapat memainkan apa apa peranan yang besar.
Oleh itu, masyarakat dayak terutamanya kaum Iban berpendapat adalah penting untuk masyarakat ini mempunyai party mereka sendiri jika tidak mahu ketinggalan apabila Sarawak memperolehi kemerdekaan. Maka SNAP pun ditubuhkan di Betong. Penubuhannya disambut baik oleh semua masyarakat dayak yang juga merupakan masyarakat terbanyak di Sarawak. Antara pengasa SNAP adalah Stephen Kalong Ningkan yang kemudiannya menjadi (Secretary General), J.S Tinker (Chairman), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin dan Lionel Bediman anak Ketit.
Pada dasarnya SNAP hanya menerima masyarakat dayak sebagai ahli, namun dalam tahun 1963 SNAP telah memutuskan untuk membuka pintunya kepada masyarakat bukan dayak dan pada tahun yang sama Datuk James Wong menyertai SNAP dan merupakan ahli Cina SNAP yang pertama yang kemudiannya diikuti oleh Wong Hood Teck, Wee Boon Ping dan Ho Ah Chon, manakala Abang Othman Bin Datuk Abang Haji Moasili merupakan ahli Melayu SNAP yang pertama. Selepas itu SNAP menjadi party pelbagai bangsa walaupun majority ahlinya terdiri daripada masyarakat.
Pada Ogos 1962, sebuah lagi parti yang berasaskan masyarakat dayak telah ditubuhkan diSibu dengan tujuan menjaga kepentingan masyarkat Iban di kawasan Batang Rajang. Pihak yang bertanggungjawab mengasaskan parti ini menolak untuk menyertai SNAP dan berpendapat SNAP hanya menjaga kepentingan kaum Iban dari Saribas. Oleh itu, Penghulu Masam anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi anak Resa dan Penghulu Umpau telah menubuhkan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang kemudiannya disertai oleh Temenggong Jugah dan Temenggong Oyong Lawa Jau yang merupakan ahli PANAS serta Jonathan Bangau yang merupakan ahli SUPP. Beberapa penghulu daripada bahagian lain juga kemudiannya turut menyertai PESAKA, antaranya, Penghulu Tawi Seli dari bahagian kedua dan Penghulu Abok anak Jalin dari Bintulu yang menyebabkan PESAKA diberi julukan sebagai Parti Penghulu. PESAKA juga dikenali sebagai PAPAS.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya menyebabkan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP dan sebagai Ketua Menteri. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Seli dari PESAKA. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Pada Mac 1968 BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera dan Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya dan ahli-ahlinya kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-Melanau, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu.
Pada awal tahun 80-an, kedudukan SNAP mulai goyah. Ekoran daripada krisis yang tidak berkesudahan, Datuk Amar Dr Leo Moggie telah keluar SNAP dan menubuhkan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang juga dikenali sebagai Sarawak Dayak People’s Party pada tahun 1983. Pada pilihanraya negeri Sarawak 1987, PBDS yang bertindak sebagai pembangkang dan diterajui oleh Datuk Amar Dr Leo Moggie hampir hampir berjaya menubuhkan Kerajaan, namun cubaan mereka menemui kegagalan dengan tragedi yang dikenali sebagai “Ming Court Affair”
Selepas perletakan jawatan secara mengejut oleh Datuk Amar Dr Leo Moggie pada 24th Jun 2003, PBDS mengalami krisis dalaman yang serius berikutan perebutan jawatan presiden diantara Timbalan Presiden, Datuk Seri Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti yang dipertikaikan oleh ketua penerangan PBDS, Datuk Seri James Jemut Masing yang membawa kepada pembatalan PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5th Dec 2003. Namun, beberapa hari sebelum pilihanraya negeri pada 21 Mac 2004, Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi peluang kedua dan pembatalan pendaftaran PBDS telah ditarik balik dengan syarat kedua-dua pihak yang bertelagah mesti mengadakan persidangan perwakilan seperti yang telah dijadualkan pada 9 dan 10 Oktober 2004.
Namun, pilihan raya umum dan peluang kali kedua ini juga gagal membantu menyelesaikan pertelagahan parti malahan telah lebih memburukkan keadaan apabila kedua-dua pihak masing-masing dituduh telah secara rahsia mensabotaj dan menamakan calon untuk menentang dan menghapuskan calon lawan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membatalkan pendaftaran PBDS buat kali yang kedua dan muktamad pada 21 Okt 2004.
Pembubaran PBDS ini seterusnya telah melahirkan 2 parti serpihan kaum Dayak yang baru, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang telah ditubuhkan dan didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Dr. James Jemut Masing serta menyertai Barisan Nasional dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pendaftarannya dikemukakan pada 6 Mei 2005, namun tidak mendapat kelulusan sehingga ke hari ini.
PRS yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 juga mengalami krisis dalam tahun 2006/2007 dan hampir hampir dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.
Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom, dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai antara parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.
Ekoran krisis kali kedua dalam SNAP Dato’ Sri Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) pada 9 November yang kemudiannya juga menyertai BN. Tapi akhir akhir ini, terlihat sedikit demi sedikit krisis yang mulai melanda SPDP
Dalam waktu yang begitu singkat, kita dapat melihat kewujudan begitu banyak parti yang berasaskan masyarakat dayak and mendakwa akan berjuang untuk kepentingan masyarakat tersebut. Namun sejarah membuktikan, kewujudan parti parti ini, bukan sahaja gagal memperjuangkan kepentingan masyarakat dayak malah mengakibatkan perpecahan yang semakin parah dalam masyarakat dayak itu sendiri.
Apa tidaknya, krisis yang melanda parti parti ini serta penubuhan parti parti baru, menyebabkan masyarakat dayak mengikut haluan pemimpin mereka masing masing dan lebih teruk lagi, ramai yang menjadi keliru serta tidak tahu siapa yang harus disokong yang akhirnya menyebabkan mereka mengambil sikap tidak peduli. Maka tidak hairanlah, jika statistic menunjukkan belia dayak adalah antara belia yang teramai tidak berdaftar dengan SPR sebagai pengundi. Mereka ini mungkin menunggu kewujudan parti berasaskan masyarakat dayak yang benar benar boleh dipercayai untuk memperjuangkan nasib masyarakat dayak? Sama sepertimana UMNO, MCA dan MIC atau mereka mereka ini akan mencari alternatif lain jika apa yang mereka tunggu tidak kesampain.
Keadaan ini pastinya merugikan masyarakat dayak itu sendiri......dan secara jujur, saya akui, saya sendiri tidak tahu hendak memutuskan sama ada menyertai SNAP, PESAKA, PRS ataupun, SPDP, bak lirik kata lagu mendiang Tan Sri P. Ramli, yang mana satu, pilihan kalbu....tepuk dada tanya selera....
No comments:
Post a Comment