YOUR EYE WILL NEVER LIE, KEEP IT OPEN TO SEE THE TRUTH...

Wednesday, May 08, 2013

Keputusan Penuh PRU-13


Pilihanraya Umum – 13 telah pun berlalu dan sekali lagi BN berjaya mengekalkan penguasaan diPutrajaya walaupun kemenangan ini diselubungi oleh pelbagai kontravesi yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, kewujudan pengundi hantu dan sebagainya. Meskipun diselubungi begitu banyak kontravesi, PR sekali lagi Berjaya menidakkan kemenangan majority 2/3 oleh BN, malah ramai yang berpendapat bahawa PR akan memenangi pilihanraya-13 ini andainya ianya diadakan dengan telus…

PR bukan hanya Berjaya menidakkan kemenangan 2/3 BN malah juga telah Berjaya menambah 7 kerusi diDewan Parlimen dengan menjadikannya 89 kerusi berbanding 82 kerusi yang mereka perolehi pada tahun 2008. Dibawah adalah keputusan penuh kerusi Parlimen bagi setiap Negeri.


PERLIS (3): BN (3)
KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)
KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)
TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)
PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)
PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)
PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)
SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)
WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)
WP PUTRAJAYA (1): BN (1)
WP LABUAN (1): BN (1)
NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)
MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)
JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)
SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

Bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri pula, PR masih Berjaya mengekalkan penguasaan diPulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Sementara itu, diTrengganu BN hanya berkelebihan dengan 2 kerusi manakala diPerak BN Cuma berkelebihan 3 kerusi. Secara keseluruhan, PR menampakkan peningkatan apabila Berjaya memperolehi keseluruhan 229 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN memperolehi 275 kerusi dan satu kerusi jatuh ketangan STAR diSabah. Berbanding pada tahun 2008, PR hanya Berjaya memperolehi 204 kerusi dan BN memperolehi 369 manakala 4 kerusi jatuh ketangan calon Bebas. (Ini termasuk kerusi dewan undangan negeri Sarawak)


Tahniah kepada semua calon yang bertanding..............





betul

No comments:

Post a Comment