Virus demam pilihanraya sekali lagi melanda bumi Malaysia yang terkenal dengan slogan “1MALAYSIA”. Rata rata orang ramai meramalkan pilihanran kali ke-13 ini akan diadakan pada penghujung bulan March. Mungkinkah ramalan ini tepat atau sebaliknya, kita tunggu dan lihat, namun apa yang pasti tempoh sah bagi Dewan Parlimen yang ada sekarang ialah pada bulan Jun 2013.
Setiap kali adanya pilihanraya, berbagai ramalan dapat kita dengar dari pelbagai golongan masyarakat. Ada yang meramalkan BN akan terus memerintah dan tidak kurang juga yang meramalkan penguasaan BN diMalaysia akan berakhir. Itu semua hanyalah ramalan yang boleh dianggap sebagai perencah dalam setiap pilihanraya. Keputusan sebenarnya hanya akan diketahui apabila rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada hari dan tarikh yang ditetapkan kelak. Yang jelas, ketepatan ramalan-ramalan ini bergantung pada tangan rakyat Malaysia yang layak mengundi.
Jika kita imbas kembali keputusan pilihan ke-12 yang lalu, keputusannya memihak kepada BN namun ianya juga mencatat satu sejarah dimana pada julung kali sejak merdeka BN tidak dapat mempertahankan kemenangan majoriti 2/3. BN hanya mampu memperolehi 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat memperolehi 82 kerusi Parlimen (PAS = 23, DAP = 28 dan PKR = 31).
Bagi kerusi dengan Dewan Undangan Negeri pula BN hanya mampu memperolehi 369 kerusi manakala Pakatan Rakyat memperolehi 204 kerusi (PAS = 83, DAP = 80 dan PKR = 41) dan 4 kerusi selebihnya jatuh ke tangan calon persendirian. Pilihanraya ke-12 ini juga mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila 5 buah negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat, iaitu, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak. Kelantan yang sememangnya dikuasai oleh PAS sekali lagi tidak mampu ditawan oleh BN. Namun Perak kemudiannya jatuh kembali ketangan BN melalui satu proses yang dianggap mempunyai unsur-unsur sabotaj.
PRU-12 sudah menjadi sejarah, kini PRU-13 pula yang menyusul. PRU-13 nampak lebih menarik ekoran sejarah yang tercipta pada PRU-12.Mungkinkah PRU-13 akan mencatat satu lagi sejarah baru dalam lipatan sejarah pilihanraya diMalaysia?
Kem BN mendakwa mampu mengembalikan kemenangan majoriti 2/3. BN juga mendakwa akan dapat merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh PR. Dengan slogannya “Rakyat Didahulukan, Pencapain Diutamakan” telah melakukan pelbagai usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat agar diberikan mandat untuk menerajui Malaysia bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.
Awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumumkan bantuan dari RM5,000 hingga RM10,000 kepada para yang nelayan yang berpendapatan rendah diseluruh negara untuk mereka membaiki rumah masing masing. Selain itu menerusi konsep 1MALASYIA, kerajaan telah cuba mendekati rakyat menerusi program program seperti the Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi sehinggalah pemberian subsidi kepada pemandu teksi untuk menukar tayar. Boleh dikatankan setiap golongan masyarakat diberikan perhatian termasuk para pelajar yang mendapat bantuan kewangan pada permulaan sesi persekolahanan. Baru baru ini kerajaan juga telah mengumumkan pemberian rebat kepada pembelian IPhone yang jelas menunjukkan percubaan kerajaan untuk mendapatkan perhatian atau golongan muda.
Persoalannya sekarang, adakah rakyat akan termakan dengan umpan-umpan daripada kerajaan ini atau mungkinkah para penyokong yang selama ini berdiri teguh dibelakang kerajaan BN akan terus memberikan sokongan mereka kepada BN selepas satu-satu salah laku dalam kerajaan BN mulai terdedah? Keadaan ini menjadi bertambah rumit dengan kewujudan pelbagai isu termasuk isu yang menyentuh sensiviti agama atau kaum yang didakwa mempunyai kaitan dengan golongan yang pro-kerajaan.
Sambutan yang hangat ketika perhimpuanan BERSIH dan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT sedikit sebanyak menunjukkan keraguan rakyat tentang kejujuran atau ketelusan kerajaan pimpinan BN itu sendiri. Salah satunya yang masih hangat pada ketika ini ialah masalah pemberian kad pengenalan kepada warga asing diSabah yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Secara peribadi, saya akui kerajaan BN memang sudah banyak menabur jasa kepada negara.Saya juga tidak berani mengatakan bahawa PR akan memerintah dengan lebih baik namun saya berpendapat kita harus memberi mereka peluang untuk membuktikan keupayaan mereka dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Seandainya mereka mampu membuktikan mereka boleh memerintah dengan lebih baik, tiada salah mereka terus diberi peluang, namun jika keadaan sebaliknya pula berlaku, kita mempunyai pilihan untuk meletakkan balik BN sebagai pemerintah…pilihan ditangan kita....
Kita sering kali menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi peluang yang sama rata dalam pemerintahannya namun pada waktu yang sama kita juga tidak pernah memberi peluang yang sama rata kepada parti pemerintah dan pembangkang untuk membuktikan keupayaan mereka....
Selain dari pemberian yang peluang yang saksama, saya juga berpendapat bahawa waktu yang telah lebih dari setengah abad adalah satu jangka yang terlalu panjang untuk sebuah kerajaan menerajui sesebuah negara. Rasanya, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menukar resipi dan merasakan corak pemerintahan parti yang lain pula….
Apakah waktu setengah abad masih belum cukup untuk kita merasakan masakan BN?
Tak kira bila pilihanraya akan diadakan dan tanpa mengira parti manakah yang akan menjadi pilihan anda, saya mengucapkan Selamat Menjalankan Mengundi kepada semua…
It is the best time to make some plans for the future and it is time
ReplyDeleteto be happy. I have read this post and if I could I desire
to suggest you some interesting things or tips. Maybe you could
write next articles referring to this article.
I want to read even more things about it!
Here is my web site; Online roulette for Real money
Simply wish to say your article is as astounding.
ReplyDeleteThe clarity for your put up is simply spectacular and i could think you're knowledgeable on this subject. Fine along with your permission let me to snatch your RSS feed to stay updated with coming near near post. Thank you 1,000,000 and please continue the rewarding work.
Feel free to surf to my web-site tao of badass