Saya tabik kepada Kementerian Pelajaran dalam usahanya untuk memperluaskan / memperbanyakkan Kelas Dewasa Pribumi (KEDAP) diseluruh Negara. Menurut Timbalan Menteri Pelaran Dr Mohd Puad setakat ini 108 buah kelas KEDAP telah dibuka diseluruh Negara dengan bilangan pelajar hampir 2000 orang.
Usaha untuk membuka lebih banyak lagi KEDAP dikawasan luar bandar diharap dapat membantu lebih ramai lagi golongan ini yang telah terlalu lama ketinggalan. Usaha ini diharapkan sekurang kurangnya dapat melahirkan masyarakat Orang Asli yang celik huruf.
DiSarawak misalnya KEDAP telah pun dibuka diperkampungan masyarakat Penan Long Lamei. Setakat ini pembukaan kelas tersebut sudah pun menampakkan hasilnya. Sekurang-kurangnya para peserta telah mampu menguasai asas pembacaan dan pengiraan. Mereka juga kelihatannya gembira serta berminat dengan kelas tersebut apatah lagi para peserta diberi elaun oleh pihak kerajaan.
Meskipun ianya mungkin sudah terlambat untuk golongan ini menimba ilmu namun penyertaan mereka dianggap mampu memberi galakkan kepada anak anak mereka untuk terus belajar. Dengan menguasai asas asas membaca dan mengira mereka juga nanti diharapkan dapat memberi tunjuk ajar kepada anak anak mereka yang masih lagi belajar.
Kebolehan bertutur dalam Bahasa Malaysia juga akan membantu mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar. Keadaan ini akan mempermudahkan mereka berurusan dengan pihak pihak tertentu lebih lebih lagi dengan jabatan jabatan kerajaan. Selain itu mereka juga diharapkan dapat bersaing dengan masyarakat lain dalam mencari pekerjaan dibandar Bandar bagi mengubah keadaan hidup mereka.
Sekali lagi tahniah kepada Kementerian Pelajaran. Semoga usaha ini akan diteruskan dan diperluaskan dimasa akan datang. Mungkin usaha untuk perkenalkan system ini kepada masyarakat peribumi yang lain dapat dipertimbangkan terutamanya dikawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.
No comments:
Post a Comment